Saturday, August 4, 2012

12 PEMBOHONGAN PAS YANG AKAN MEROSAKKAN NEGARA!! #JanjiDitaburi


Lagi pembohongan PAS terhadap rakyat Malaysia jika mereka berjaya memenangi PRU 13 nanti. Apakah selama ini nasib Melayu tidak terbela di bawah pemerintahan Kerajaan UMNO/BN? Apakah kedaulatan raja-raja Melayu dan nasib Bumiputera tidak dipertahankan?

Pembaca masih ingat siapakah yang selalu mempersendakan institusi raja-raja Melayu kalau bukan dari puak Pakatan Haprak. Jika kita lihat selama ini adakah PAS dan the geng nie membela nasib rakyat. Apa yang terjadi di Kelantan, selama 22 tahun mereka memerintah apa yang mereka lakukan pembangunan untuk negeri tersebut dan juga kenapa masih ramai rakyat Kelantan hidup dalam daif dan serba kekurangan.

Lawak pun ada juga bila ada sesetengah puak tegar pakatan Haprak nie bagi tau GR bagilah mereka peluang untuk mentadbir negara. Peluang apa kejadahnya....tak cukupkah peluang (mandat) yang diberikan oleh rakyat di Kelantan selama 22 tahun, di Kedah, Selangor dan Penang dari tahun 2008 hingga sekarang, apa yang mereka lakukan untuk rakyat di negeri tersebut? Mana janji-janji yang ditaburi pada PRU 12...kenapa masih tidak dilaksanakan??

Pada pembaca yang budiman, fikirkanlah yang terbaik demi masa depan agama, bangsa dan negara. Jika kita semua bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang dalam kehidupan seharian kita, pertahankanlah ia dan peliharalah ia dengan sebaiknya. Janganlah terus mempercayai dengan janji-janji yang ditaburi dan fatwa-fatwa Islam yang diputarbelitkan oleh sesetengah pihak demi kepentingan peribadi mereka sendiri. Renung-renungkanlah....


GR kata: PAS punya auta pun boleh tahan jugakkan....

No comments:

Artikel pelbagai