Showing posts with label Jelajah Destini Anak Bangsa. Show all posts
Showing posts with label Jelajah Destini Anak Bangsa. Show all posts

Thursday, May 24, 2012

VIDEO: VC PALING RAJIN DALAM DUNIA! @datosahol #JDAB2012




Sama-sama kita hayati pengorbanan seorang Naib Canselor UiTM, ( Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ) yang sanggup turun padang bagi memastikan anak bangsanya tidak ketinggalan dalam bidang pendidikan....

Selanjutnya KLIK SINI


GR kata: Jangan disebabkan kemiskinan anak-anak muda tidak boleh melanjutkan pelajaran mereka - YAB PM

Sunday, May 20, 2012

HOT STORY: ADIK-ADIK DAN IBU BAPA DI UTARA TERHARU DAN SAYU? #JDAB2012 @datosahol


Pada hari Jumaat lepas, Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) meneruskan siri jelajah ke negeri Kedah dan Perlis. Pelajar lepasan SPM di Utara cukup bertuah kerana Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM sendiri turun padang dan telah MELULUSKAN rayuan yang dibuat oleh para pelajar serta-merta berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Seramai 29 lepasan SPM yang membuat rayuan untuk memasuki UiTM telah diluluskan serta-merta oleh Dato' Sahol yang disaksaikan sendiri oleh YB Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata). Sebaik sahaja selesai menemui lepasan SPM di Bakar Bata, Skuad JDAB terus ke Pasar Nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah.



Selanjutnya KLIK DI SINI


GR kata: Tahniah kepada penganjur kerana program ini mendapat tempat dihati rakyat sekaligus dapat membantu adik-adik lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka demi masa depan yang lebih baik.

Sunday, May 13, 2012

PANAS TERKINI: TASHA SHILA KANTOI LAGI! APE KES LAGI NI..? #JDAB2012


Siapa tidak kenal dengan pemenang ABPBH 2011 bagi kategori Artis Baru Wanita Popular ini, Tasha Shila. Dengan raut wajah yang comel dan cantik serta bakat yang terbaik dalam bidang lakonan, ada saja kontroversi yang melanda artis ini. Sebelum ini kita dengar kisah panas artis ini menari ala ghairah di sebuah kelab malam terkenal di K.Lumpur. Penafian demi penafian yang dibuat oleh Tasha baik di ruang akhbar dan juga media sosial.

Kali ini timbul lagi kisah panas yang mungkin GR rasa Tasha masih tidak serik dengan apa yang berlaku sebelum ini. Ingin tahu kesahihan apakah benar kesahihan kontroversi ini benar atau gosip baca di bawah :


Skuad Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2012) kini telah memasuki hari yang ketiga dalam usaha mencari rakyat kurang berkemampuan supaya menyambung pelajaran ke peringkat Universiti. Terkini, Skuad JDAB2012 berada di sekitar Kuala Lumpur.



Program ini merupakan program yang dinaungi sendiri oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dianjurkan oleh Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) sebuah badan NGO dengan kerjasama penuh UiTM.

Sehingga ke hari ini hampir 3,000 data pelajar lepasan SPM berjaya dikumpul oleh Skuad JDAB2012 yang mana semalam lebih 100 lepasan SPM di Bagan Datoh bakal diserap ke program MDAB untuk mengikuti Pra-Diploma selama 6 bulan di UiTM secara PERCUMA!!

Lihat video ini apa yang berlaku sekitar Skuad JDAB2012 di Uptown Danau Kota :




Kisah lanjut KLIK DI SINI


GR kata: Terima kasih artis Malaysia yang membantu menjayakan program yang bermakna ini. Semua orang tahu pendidikan amat penting untuk pertumbuhan masa depan anak bangsa dan negara yang lebih baik.

Wednesday, May 9, 2012

TERKINI: JELAJAH DESTINI ANAK BANGSA BAKAL MENGEGAR ESOK! #JDAB1M2012



Siri kedua 'Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia' JDAB1M bakal dilepaskan 9.00 pagi esok oleh Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi Tuan Haji Khairi Malek di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.

Lokasi pertama yang bakal dilawati esok adalah Seremban, Negeri Sembila sebelum meneruskan perjalanan ke Linggi, Rembau, Kuala Pilah, Jempol  dan bakal bermalam di UiTM Segamat.




Maklumat lanjut KLIK DI SINI


GR kata:  Semoga semuanya berjalan dengan lancar...

Artikel pelbagai