Showing posts with label Debat KJ vs Rafizi. Show all posts
Showing posts with label Debat KJ vs Rafizi. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

#KJvsRafiziDebate MALAM TADI BORING LAH!! KENAPA MACAM TU..??


Di sini GR kongsikan bersama ulasan debat malam tadi yang diterjemahkan oleh rakan seperjuangan Taiping Mali. GR kongsikan bersama setelah membacanya dari blog rakan GR Mat Kilau Penang.

Setelah GR melihat debat semalam dari mula sampai akhir, ada benarnya juga ulasan ini kerana sikap moderator yang berat sebelah telah mencacatkan perjalanan debat tersebut. Kenapa boleh jadi macam tu yer?? Di manakah ketelusan yang digembar gempurkan oleh pihak penganjur sebelum ini..?? Jom kita baca ulasan di bawah :
Moderator Debat Kj vs Rafizi yang cabar PM untuk berdebat dengan DSAI. Pensyarah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antara bangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik merupakan penyokong tegar pembangkang dan pernah mengkritik Dr Hasan Ali dengan menulis surat terbuka kepada Dr Hasan selepas beliau mengistyharkan diri menentang Pas.

Dr Maszlee sememangnya pakar spin dan malam tadi beliau bertindak biadab dengan mengajak Najib supaya berdebat dengan Anwar. Malam tadi debat KJ dan Fafizi menyaksikan pengarah strategi PKR membelasah KJ pada 3 minit terakhir penggolongannya. Rafizi bagaimana pun telah tersasar daripada tajuk dengan melontarkan emosi amarah dan dendam yang tak berkesudahan kepada KJ.

Debat malam tadi juga dengan sendirinya telah mendedahkan ketidakupayan Pkr untuk menanggung dana PTPTN sekiranya mereka memerintah. Cara yang mudah ialah dengan menghapus kan dana PTPTN dan menutup kolej-kolej komuniti yang dilabelkan sebagai kolej kedai bertaraf sampah.

Dengan menghapus kan PTPTN maka selesai lah tanggung jawab kerajaan dalam menyediakan dana kepada rakyat berpendapatan rendah. Hanya mereka yang mampu sahaja yang dapat belajar di IPTA dan IPTS.

Berbalik kepada perangai biadap Dr Maszlee yang ingin menjadikan menjadi moderator debat PM dan Anwar sudah tentu telah bersedia dengan senjata sulit untuk memerangkap mangsa dengan soalan-soalan luar jangka.

Najib dan Anwar tak perlu berdebat kerana gelanggang mereka sentiasa terbuka di dewan rakyat. Berbeza dengan debat KJ dan Rafizi, kerana Rafizi bukan lah ahli dewan rakyat dan tidak berpeluang untuk berdebat dengan KJ atau PM. Debat malam tadi adalah debat yang tidak sempurna dan tidak lengkap. Apakah pihak Sinar Harian terlepas pandang atau sengaja buat-buat dungu.

Sinar Harian perlu menyedia piala dan hadiah wang tunai kepada pendebat yang terbaik.. Malam ini kalau diikutkan KJ yang menjadi pendebat terbaik kerana berjaya mengawal emosi dan tidak terkeluar tajuk.

Rafizi, walaupun beliau merupakan johan debat peringkat sekolah menengah, bijak menggunakan bunga bahasa tetapi pada saat akhir terkantoi juga. TM bukan pakar bahasa untuk menilai mereka dari aspek pemarkahan. Hanya guru-guru bahasa sahaja yang bijak menilai mereka berdua. Sungguh ralat kerana Sinar Harian tidak menyediakan panel juri dan hakim untuk menilai mereka malam ini.


GR kata: Baik tak payah buat debat kalau asyik lari dari tajuk yang ingin didebatkan. Rafizi dah tergolek memang perangai macam tu....Busuk punya olang!!!
 

Friday, May 18, 2012

TERKINI: DEBAT @Khairykj vs @rafiziramli, KITA TENGOK SIAPA YANG KENA?? #debatPTPTN


Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini. Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini tetapi ditangguhkan.

Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.

Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi. Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana debat Selasa depan diadakan di auditorium, tempat untuk hadirin terhad kepada 400 orang.

"Oleh kerana debat ini juga akan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24, kami berharap mereka yang tidak dapat hadir di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf akan mengikuti siaran langsung," kata beliau.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 017-3714523 (Zailani). - SH


GR kata: Tak serik-serik lagi budak Rafizi ni yer...He he he

Artikel pelbagai