Friday, January 6, 2012

TERKINI: BUKTI KERAJAAN BN KOTAKAN JANJI!!


HULU BERNAM 6 Jan. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat projek pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Hassan di sini, projek yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April 2010.

Perdana Menteri melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan projek bernilai RM41 juta di tapak seluas 10.4 hektar itu dan yakin ia dapat disiapkan lebih awal daripada dijadualkan pada Julai tahun depan.

"Semuanya berjalan lancar dan baik. Saya sebenarnya begitu gembira kerana inilah janji yang dibuat saya ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dulu.

“Projek ini menunjukkan bahawa apabila kerajaan BN janji, kita tetap tunaikan janji kita,” katanya dalam ucapan ringkas.

Najib sebelum itu mendengar taklimat berhubung projek bagi menyelesaikan masalah perumahan penduduk di situ yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit.


Pembinaan 300 unit rumah teres, setiap unit dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi, bertujuan menempatkan semula penduduk setinggan di Kampung Hassan, yang pada masa ini mendirikan rumah dengan kos sendiri di atas tanah milik individu dengan menyewa tapak secara bulanan.

Mengulas lanjut, Najib berkata, kos sebenar setiap unit rumah projek itu adalah sekitar RM136,000 tetapi dijual kepada penduduk pada anggaran RM35,000.

“Rumah ini termasuk kemudahan dijual dengan nilai purata RM136,666.67 tetapi harga yang dijual kepada penduduk adalah sekitar RM35,000. Dengan ini, penduduk akan untung lebih kurang RM100,000,”katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut memutuskan untuk mengekalkan sebuah kuil Hindu yang dibina di kawasas seluas 0.24 hektar berhampiran tapak pembinaan projek itu.

“Kerajaan tidak bercadang memindahkan kuil itu dengan mengambil kira kepentingan penduduk India di situ,” katanya. — BERNAMA


GR kata:
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

No comments:

Artikel pelbagai