Friday, March 15, 2013

PANAS: AHLI DAP YANG MENYAMPAH PADA KIT SIANG DAN GUANG ENG!


Perjuangan sebenar pakatan haprak hanyalah mahu mencapai cita-cita peribadi mereka iaitu mahu duduk di kerusi yang empok di Putrajaya. Bila dah dapat, yang menjadi mangsa adalah rakyat jadi merena.

Ini kerana ketaksuban mereka ingin merampas pentadbiran yang sudah sekian lama dipegang oleh Barisan Nasional. Sudah jelas dengan TRACK RECORD yang diperolehi oleh BN dalam mentadbir negara tiada cacat celanya. Jika ada salah sedikit itu adalah lumrah hidup kerana Allah SWT jadikan manusia ini tidak sempurna. Manusia juga harus berfikir untuk memperbaiki kesilapan yang ada bukan dengan 'menukarkannya' dengan yang baru.

Selama lebih kurang UMNO/BN memerintah negara rakyat yang hidup pada zaman itu hinggalah sekarang merasai kenikmatannya. Bukan itu saja, ahli DAP juga menyatakan pendapat yang sama. Ini kerana mereka sudah MUAK dengan 'Janji Manis' yang mereka dapat sebelum PRU akhirnya janji itu hanyalah OMONG KOSONG.

Baca di bawah :

Seorang ahli DAP hari ini menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berjaya memimpin negara dengan begitu cemerlang dan aman selama ini.

Lee Chee Cheng yang juga bekas Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Taman Megah, Cheras dekat sini berkata beliau tidak akan mensia-siakan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan datang.

"Saya waras dan matang untuk menilai kerajaan yang telah bertungkus-lumus bangunkan Malaysia sehingga berjaya pada tahap hari ini.

"Saya cintakan Malaysia. Saya juga cintakan DAP. Tapi saya cintakan DAP yang bersih. Saya tidak akan taat kepada mana-mana pemimpin yang angkuh dan penuh tipu muslihat," katanya dalam satu sidang akhbar di sebuah kafe di Bandar Sungai Long di sini.

Biarpun menghadapi kesukarann untuk bertutur dengan jelas kerana sakit angin ahmar, beliau ketika membaca teks kenyataan media berharap Perdana Menteri terus maju dan jaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan dan keamanan.

Dalam sidang media yang sama Lee mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengambil tindakan ke atas DAP termasuk menggantung atau membatalkan pendaftaran parti pembangkang berkenaan.

Ini ekoran DAP mendakwa berlaku masalah teknikal pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) 15 Disember lalu yang hanya diumumkan tiga minggu selepas itu.

"Kami di akar umbi mahukan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhenti berdolak-dalih dalam isu pengiraan undi. Kami mahukan pemilihan semula CEC," jelasnya.

Lee menambah beliau tidak menolak kemungkinan akan keluar dari DAP jika tidak ada tindakan diambil oleh pemimpin parti pembangkang berkenaan berhubung rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi selepas pemilihan CEC DAP. - BERNAMA


GR kata: Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah SWT berikan pada kita. In sha Allah akan dilipat gandakan lagi rezeki kita. Amin

No comments:

Artikel pelbagai