Friday, November 29, 2013

KELUAR PARTI JELAS BUKTI RAKYAT SABAH TOLAK PKR - @Rosnah_ARS


Tindakan 11 pemimpin cabang PKR di Sabah keluar parti pada Selasa lepas memberi isyarat bahawa rakyat negeri itu menolak kepimpinan dan pendekatan mereka.      

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, rakyat negeri itu kini menyedari mereka hanya digula-gulakan semasa pilihan raya umum lalu dan tidak ada satu janji pun yang telah ditunaikan oleh PKR.

"Rakyat Sabah sudah menolak dan menyedari bahawa PKR tidak mampu memberi perlindungan atau memperjuangkan nasib mereka.

"Apabila pemimpin terbabit mengambil keputusan keluar parti bukan sahaja tidak berpuas hati tetapi tidak mempunyai keyakinan terhadap PKR sebagai parti sahsiah yang mampu melindungi dan mewakili suara mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Pusat Khidmat Kontraktor Kementerian Kerja Raya, di sini hari ini.

Pada 26 November lepas, PKR Sabah hampir lumpuh selepas pemimpin utama daripada 11 cabang parti di negeri itu mengisytiharkan keluar parti serta menyatakan sokongan terhadap BN.

"Saya juga mengharapkan lebih ramai lagi selepas ini yang akan keluar daripada PKR selepas rakan-rakan mereka menyedari bahawa parti tersebut sekadar menggunakan pemimpin di Sabah sebagai satu loncatan sokongan politik semata-mata," katanya. - Bernama


GR kata: Lagu Bang Non nyanyi makan diri balik....

No comments:

Artikel pelbagai