Wednesday, October 31, 2012

PART 1: PAS PARTI ISLAM ATAU SETAN? SEBAB-SEBAB PAS TAK LAYAK MEMIMPIN!!


Sudah berpuluh tahun PAS ditubuhkan di Malaysia. Dengan nama Parti Islam SeMalaysia hanyalah gah pada nama saja. Tapi selama mereka berpolitik di Malaysia apakah matlamat utama pada mereka? Jika kita lihat dalam apa yang mereka katakan memperjuangkan Islam, tapi perjuangan Islam yang bagaimana yang mereka maksudkan?


Pembaca lihat sendiri beberapa fatwa dan hukum hakam Islam mereka tokok tambah apatah lagi terbalikkan apa yang benar yang terkandung dalam Al-Quran. Ulama' yang mereka agungkan Pok Nik tak layak diberikan gelaran tersebut. Disebabkan takutkan DAP dan ingin dapatkan kepentingan peribadi mereka sanggup buat apa saja. Apa pun di sini GR ingin nyatakan beberap sebab PAS sudah tidak relevan lagi di Malaysia...baca dan fikirkanlah demi kepentingan dan pelihara agama, bangsa dan negara :

1. Tidak menjaga imej Negeri yang diperintah
Selama 22 tahun dalam era baru pemerintahan PAS telah gagal membina "kemuliaan" bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak boleh berdikari. Sekiranya PAS berjaya menjadikan Kelantan sebagai negeri yang dinamakan oleh mereka selama ini iaitu “NEGARA YANG BAIK” atau sebagai negeri “MENDAPAT KEBERKATAN DARI LANGIT” tentunya Kerajaan Kelantan tidak perlu mengharapkan satu sen pun duit daripada kerajaan Pusat.

Sekiranya PAS berjaya menjadikan Kelantan negeri yang terbaik dan berkat turun dari langit sebagaimana yang ditulis di merata tempat dalam bandar Kota Bharu itu barulah Kelantan mempunyai “Izzah” iaitu kemuliaan, kekuatan dan kedaulatan. Maka di mana daulatnya Kelantan jikalau PAS masih terpaksa menagih geran peruntukan dan pinjaman daripada kerajaan Pusat untuk membuat pinjaman mudah (soft loan) untuk memulihkan bekalan seperti air yang sentiasa bermasalah di Kelantan dan juga pembangunan lain, sedangkan selama ini mereka mencemuh Barisan Nasional khususnya UMNO.

Maka dari segi manakah lebihnya kebaikan Kelantan berbanding negeri-negeri lain. Di manakah keberkatan dari langit untuk Kelantan sebagai yang diwar-warkan?. Sekiranya Kelantan mempunyai “Izzah” bukan setakat mereka tidak perlukan bantuan dari kerajaan pusat, bahkan hasil mahsul Kelantan dapat membantu negeri-negeri lain sebagaimana Nabi Yusuf menjadi Menteri kewangan Mesir dulu dapat membantu negeri-negeri berjiran dengan baginda, demikian juga negeri Kelantan yang sepatutnya dapat membantu negeri lain kerana kononnya negeri lain tidak mendapat keredaan Allah SWT. Kerajaan Pas jangan berkata hasil mahsul Kelantan terpaksa diserahkan kepada kerajaan Pusat maka sebab itu ia tidak boleh berdikari. Ini kerana Pas tidak dapat mewujudkan satu Majlis Kerajaan Tempatan di Kelantan yang boleh berdikari, iaitu Majlis Kerajaan Tempatan yang mampu menanggung kos pengurusan dan kos pembangunan tanpa mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat.

2. Gagal memajukan ekonomi
Kerajaan PAS berbeza dengan kerajaan Melayu Melaka dulu kerana Kerajaan Melayu Melaka apabila rajanya memeluk Islam, lalu negeri Melaka menjadi lebih makmur. Kelantan tidak nampak makmur selepas tertubuhnya kerajaan pimpinan PAS pada tahun 1990. Sebagai perbandingan dengan kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan di Kelantan tidak menunjukkan pertumbuhan yang membanggakan sepanjang 22 tahun pentadbiran kerajaan Pas. Kelantan bukan pilihan utama pedagang, pengeksport atau pengimport.

Pelabuhan di Kelantan tidak terkenal bagi pendaratan ikan dan tidak ada usaha bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan negeri Kelantan untuk memajukan pelabuhan. Berbanding dengan Pelabuhan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang sentiasa sibuk dengan pedagang dari timur dan barat. Kerajaan Pas gagal menjadikan Kelantan sebagai Pusat Dagangan Dunia walaupun kedudukan Kelantan sebagai distinasi strategi sebagai laluan perkapalan ke Asia Timur. Apakah kerajaan Pas tidak pernah terfikir mengenai hal ini? Beberapa tahun lepas Pas telah meletak batu asas untuk Pelabuhan Darat di Kuala Krai, namun sekarang belum nampak apa-apa, bahkan papan tanda pun sudah dipenuhi oleh pokok Kapal Terbang, bukannya Kapal Terbang.

3. Gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat

Bidang perindustrian tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk anak Kelantan. Bilangan kilang dan peluang pekerjaan yang ada adalah sangat sedikit tidak setara dengan pertambahan bilangan remaja dan golongan yang mencari pekerajaan. Maka anak muda Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ibu ayah serta sanak keluarga untuk mencari rezeki sama ada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor atau Singapura negeri yang diperintah oleh BN yang kononya tidak Islam. Sepatutnya apabila kerajaan PAS ditubuhkan maka orang dari luar Kelantan akan berduyung-duyung mencari rezeki di Kelantan. Bahkan apabila hampir hari raya rakyat Kelantan berduyung balik ke Kelantan dan ramai yang menemui ajal dalam perjalanan. Kerajaan Kelantan gagal menarik pelabur secukupnya dan agensi-agensinya pula gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan secukupnya untuk rakyat. Kerajaan Pas tidak boleh mengaitkan penghijrahan anak muda ke luar Kelantan adalah perkara lumrah dan tradisi rakyat Kelantan.

Memang benar pada tahun 1950an orang Kelantan berhijrah ke Thailand yang lebih dikenali dengan istilah “pergi ke Barat” dan kemudiannya rakyat Kelantan pergi ke Singapura menjadi buruh kontrak. Ini disebabkan pada ketika itu peluang pekerjaan amat susah kerana Malaysia masih belum merdeka.

Maka apakah kerajaan Pas yang kononnya mengikut Sunnah berpuas hati untuk melihat dasar yang merugikan itu terus berjalan. Memang betul apabila mereka bekerja di luar Kelantan mereka akan membawa hasil ke Kelantan tetapi tidakkah lebih baik Kelantan menjadi negeri pemberi hasil bukannya penerima hasil. Tidakkah Tok Guru pernah mengajara bahawa “Tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima”? Apakah usaha Pas selama 18 tahun untuk menjadikan Kelantan negeri yang memberi hasil bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi kepada rakyat luar Kelantan?

4. PAS sentiasa menyalahkan orang lain
Sebagai contoh dan renungan iaitu pada 13 Jun 1996 Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS semasa merasmikan muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke 37 mendakwa bahawa pentadbiran PAS terganggu kerana terdapat dua lagi kerajaan yang memerintah negeri tersebut sejak pilihan raya umum 1990. Dua kerajaan tersebut menurut Hj Abdul Hadi ialah pihak istana dan pihak kerajaan pusat.

Jikalau Pas mempunyai keperibadian sebagai sebuah kerajaan yang berhemah dan berwibawa, tidak timbul dakwaan sedemikian. Jikalau benarlah Pas melakukan kebaikan tentunya ia disukai oleh semua pihak termasuk istana dan kerajaan pusat. Apa yang diketahui pihak Istana bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan Negeri. Maka apabila Hj Abdul Hadi menuduh Istana mengganggu kerajaan Pas sepatutnya beliau mengemukakan secara terperinci apakah gangguan yang dilakukan oleh pihak istana Kelantan. Ini adalah sifat pemimpin Pas yang sentiasa menyalahkan orang lain.

Sebagai contoh lagi; dalam soal hukum hudud pula, sultan Kelantan telah menandatangani warta bagi memperkenankan pelaksanaan hukum hudud. Tidak pernah rakyat kelantan mendapat tahu bahawa istana menentang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Jikalau benarlah Haji Hadi dapati ada gangguan sepatutnya beliau menyenaraikannya satu persatu bagi memudahkan kita semua menyemak dan meminta penjelasan dari sultan. Sultan Kelantan bukannya manusia yang susah berkira. Baginda masuk kampung keluar kampung untuk bersolat Jumaat dan makan bersama orang kampung. Baginda bukannya manusia berwatak dewa yang tinggal di kayangan tanpa mempedulikan nasib rakyat. Maka apakah kunjungan raja bertemu rakyat itu boleh dikatakan satu gangguan?

Apakah yang Pas kehendaki daripada istana Kelantan? Satu pertanyaan yang tidak mungkin berani dijawab oleh pihak Pas kerana pemimpin Pas sendiri banyak melakukan salah laku terhadap rakyat termasuk gagal memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sehingga ditegur oleh Sultan Kelantan di dalam Persidangan DUN Kelantan baru-baru ini. Pas sepatutnya bersyukur kerana mempunyai seorang raja yang boleh duduk bersila dengan Menteri Besar. Berbincang dan berbual mesra tanpa ada protokol dan sekatan yang bukan-bukan.

Apa yang jelasnya ialah kegagalan Pas memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat yang menyebabkan istana membuat teguran. Teguran istana Kelantan dianggap berbisa kepada Pas kerana Istana Kelantan mempunyai kedudukan yang tinggi di kaca mata rakyat Kelantan. Istana Kelantan bukan terdiri daripada kalangan kaki judi, kaki arak atau kaki maksiat. Inilah yang sebenarnya menakutkan Pas. Pas juga menyifatkan Kerajaan Pusat sebagai pengganggu. Apa yang dilihat oleh rakyat ialah Kerajaan Pusat banyak menyumbang bagi memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada rakyat. Bahkan kerajaan pusat telah memberi peruntukan yang begitu banyak ke negeri Kelantan. Dulu pernah kerajaan negeri Kelantan meminta pinjaman wang dari Kerajaan Pusat untuk memulihkan bekalan air bersih kepada rakyat Kelantan, dan telahpun Pusat membantunya, walaupun Pas masih gagal menjernihkan air. Di manakah rasionalnya tuduhan Hj Abdul Hadi tersebut. Melalui pelbagai agensi Kerajaan Pusat telah menyalurkan bantuan kepada rakyat Kelantan. Apakah Pas buat-buat tak nampak melihat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pusat kepada rakyat Kelantan.

Melalui pelbagai agensi, Kerajaan Pusat melaksanakan program peningkatan ekonomi kampung, pemulihan rumah, pemberian susu penuh krim kepada murid-murid sekolah, bantuan buku teks, perpustakaan desa, makanan tambahan di sekolah-sekolah dan Taman Bimbingan kanak-kanak, projek ternakan haiwan, projek perikanan, skim bantuan buku teks, skim alaun pekerja cacat, khidmat bimbingan dan pengembangan pertanian, membina rumah kepada rakyat termiskin, subsidi baja padi, subsidi harga padi, membuka Pasar tani, memberi peruntukan yang besar kepada kelas fardu ain (KAFA) pembinaan jalan kampung, membina bangunan sekolah yang baru, dan pelbagai jenis program untuk membantu masyarakat Kelantan. Maka apakah yang boleh disenaraikan oleh kerajaan Kelantan dalam konteks memberi kemudahan kepada rakyat?

Apakah cukup dengan kerajaan Pas membina papan tanda Islam, membina pintu gerbang Islam, membina hotel Islam dan mendabik dada kerana kononnya Menteri Besar tidak menerima elaun itu dan ini? Berapa kalikah dalam setahun Pak Chu, Mak Chu, Pak Da, Mak Da, Tok Wak, Tok Ayah , Pak Chik, Mak Chik, Tok Lebai, Tok Aji yang tinggal di kampong-kampong tidur di Hotel Islam Pas? Apa yang diperlukan oleh mereka ialah kemudahan yang terus dapat dinikmati oleh mereka seperti perumahan yang baik, bekalan api elektrik, air yang bersih, jalan yang sempurna dan kemudahan untuk mencari rezeki bagi anak-anak.

Apakah pemimpin Pas tidak pernah memikirkan kepayahan sebuah keluarga yang berpisah dengan anak gadis kerana anak gadis terpaksa meninggalkan Kelantan untuk mencari rezeki ke luar negeri. Apakah ini tidak termasuk di dalam agenda yang dilaung-laungkan sebagai membangun bersama Islam dan Kepimpinan Ulama?.

Amat memalukan jikalau inilah situasi yang dijadikan model untuk menunjukkan Kelantan sebagai sebuah bandar raya dan negeri Islam, lebih-lebih lagi sebagai serambi Mekkah. Dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan pusat, kita hairan bagimana cara berfikir pemimpin Pas yang menuduh kerajaan pusat mengganggu Kelantan.

5. Tamakkan jawatan
Sebagai renungan sejarah. APU pecah kerana kegagalan PAS dalam perkahwinannya dengan parti Melayu Semangat 46. Kegagalan yang pertama ialah perkahwinan tersebut ibarat kahwin lari ke Narathiwat kerana sepanjang lapan tahun perhubungannya dengan Semangat 46, Pas tidak pernah menandatangani sebarang surat perjanjian secara hitam putih dengan Semangat 46. Tidak ada MoU bertulis, apa yang ada ialah ceramah bersama, dan mesyuarat bersama. Kesan daripada tiadanya perjanjian bertulis itulah maka apabila berlakunya perpecahan Pas dengan Semangat 46 pada tahun 1996 masalah harta pesaka dan penjagaan anak-anak tidak dapat diselesaikan. Masing-masing hanya dapat tuduh menuduh. Pas mendakwa Semangat 46 isteri yang curang. Semangat 46 mendakwa Pas gagal beri nafkah secukupnya.

Apa yang rakyat dapat lihat ialah sebagai parti Islam, Pas gagal berdakwah kepada Parti Semangat 46. Pas hanya mahu memperalatkan Semangat 46 bagi kepentingan politik sendiri bukannya menggunakan kesempatan yang ada untuk berdakwah kepada Semangat 46. Yang sebenarnya mana mungkin Pas boleh berdakwah jikalau Pas sendiri gagal untuk menunjukkan tata laku yang baik.

Sudah pasti terlalu banyak susahnya daripada senang bagi Semangat 46 ketika bersama Pas menyebabkan Semangat 46 sanggup menebalkan muka kembali rujuk kepada UMNO. Tidak mungkin tergamak untuk pemimpin Semangat 46 yang duduk bersama dengan pemimpin Pas selama lapan tahun sanggup lari meninggalkan Pas jikalau tidak ada satu-satu perkara yang besar. Pas jangan hanya menyalahkan Semangat 46 sahaja, tiliklah diri sendiri. Hasil daripada kegagalan muafakat Pas - Semangat 46 menyebabkan rakyat tidak hormat kepada Pas kerana gagal memberi tarbiah kepada Semangat 46.

Mana mungkin Semangat 46 boleh hormat kepada Pas jikalau pemimpin Pas sendiri berlumba-lumba mengejar habuan dunia seperti balak dan sebagainya selepas menang pilihan raya umum 1990. Selepas menang pada tahun 1990, Pas mengamalkan politik gomol. Gomol sungguh-sunguh. Pas gomol Jawatan Timbalan Menteri Besar, gomol 5 jawatan utama di Pejabat Unit Dakwah Halaqat, gomol semua 14 jawatan pegawai dakwah Halaqat peringkat Parlimen dan gomol kira-kira 90% jawatan yang wujud di bawah unit tersebut. Daripada 24 jawatan di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Pas gomol 19 jawatan dan di Pusat Kajian Strategik Pas gomol sungguh-sungguh dengan meninggalkan hanya satu jawatan untuk Parti Semangat 46.

Politik gomol Pas ini lebih parah selepas pilihan raya umum 1995. Jawatan pengerusi-pengerusi anak syarikat SEDC di ambil alih satu lepas satu daripada parti Semangat 46, kuota EXCO 46 yang diberi kepada Berjasa diambil oleh Pas selepas calon Berjasa kalah di DUN Kota Lama, kuota Ahli Majlis Daerah dan Ahli Majlis Perbandaran diubah tanpa mendapat restu dan persetujuan Parti Semangat 46. Politik gomol ini memakan diri apabila Semangat 46 gomol Pas pula apabila mereka menyertai UMNO secara beramai-ramai. Kesimpulan yang dapat difahami daripada peristiwa tersebut ialah membuktikan bahawa Pas bukannya Idola atau model terbaik. Pas tak lebih daripada Parti hepokrit dan parti mecemarkan imej Islam semata-mata.

 

6. PAS berbohong untuk mewujudkan Badan Hisbah
Kerajaan Pas Kelantan berbohong kerana berdolak dalih dalam melaksanakan janji pilihan raya untuk mewujudkan Hisbah. Maka daripada apa yang berlaku di Kelantan tidak ada seorang rakyat atau pengundi pun yang patut tertipu dengan janji Pas untuk mewujudkan badan Hisbah bagi mengawal ahli politik dan jentera kerajaan. Janji yang penuh-penuh mulut daripada kononnya puak tok-tok guru itu, rupa-rupanya apabila sampai ke peringkat pelaksanaan tidak melaksanakannya dengan berbagai-bagai alasan.

Jikalau Pas jujur dan telus dalam memerintah Kelantan tentunya badan Hisbah diwujudkan pada hari yang sama MB melafaz ikrar sumpah jawatan. Pada 5 Februari 1996 buat kali terakhir Parti Semangat 46 menghantar wakil menemui MB Nik Aziz meminta supaya ditubuhkan badan Hisbah. Permintaan ini dipekakkan oleh Nik Aziz walhal yang berjanji untuk menubuhkan Hisbah bukannya Semangat 46 tetapi lahir daripada mulut tok guru keramat Pas.

Sebelum itu pernah akhbar Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan Menteri Besar yang hanya mahu menubuhkan suruhanjaya menyiasat salah laku pentadbirannya setelah hukum hudud berjaya dilaksanakan di Kelantan. Ini adalah satu auta atau helah politik Pas kerana Pas sendiri sedar mereka tidak akan boleh melaksanakan hukum hudud tanpa perlu meminda terlebih dahulu perlembagaan persekutuan.

Selepas Kerajaan Pusat membentangkan Akta Rasuah, pada tahun 1997 MB Nik Aziz menegaskan tidak perlu lagi ditubuhkan Hisbah kerana akta tersebut sudah memadai. Rakyat berpendapat bagaimana mungkin Pas berani menubuhkan badan Hisbah kerana dari segi zahir ramai pemimpin Pas yang ketara sekali perubahan gaya hidup selepas menang, dan jika dilaksanakan badan tersebut, maka pemimpin Pas lah yang paling ramai sekali terkena. Ada yang sibuk dengan bush jaket dan bergaya melebihi Ketua Jajahan. Ada yang gantung kot dalam kereta mewah dan pelbagai karenah yang membayangkan ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Pas. Sepatutnya selepas menang mereka semakin warak tetapi apa yang berlaku selepas menang oh lagi bergaya. Apakah yang memungkir janji untuk menubuhkan Hisbah itu tidak akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana nama mereka tok-guru?

Maka selagi Sungai Kelantan mengalir ke Laut China Selatan, jangan diharap Pas berani menubuhkan badan hisbah. Usaha mendesak Pas melaksanakan hisbah adalah sama seperti usaha memandikan gagak dengan harapan bulu gagak menjadi putih. Habis air 7 kuala pun bulu gagak tetap hitam.



7. Keceluparan mulut Nik Aziz
Keceluparan mulut Nik Aziz memang banyak antaranya Nik Aziz pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO selepas pilihanraya umum akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji. Apakah yang mungkir janji untuk menubuhkan Badan Hisbah tidak akan dibakar hidup-hidup dalam neraka? Apakah tarafnya Nik Aziz dengan Allah SWT berbanading orang lain.

Adakah bila Parti Pas bernama Islam maka akan kebal daripada segala hukum dan UMNO tidak bernama Islam akan masuk neraka?

Sebenarnya soal neraka atau syurga adalah hak mutlak kepunyaan Allah. Allah memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memasukkan ke neraka sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dalam seluruh isi al-Quran telah menetapkan bahawa orang Islam yang beriman dan mengerjakan amal soleh akan memperolehi syurga tanpa disebut Pas atau Umno, kalaulah neraka ada kena mengena dengan Pas, maka apakah nasib negara yang tidak ada Pas adakah kesemuanya akan masuk neraka belaka? Sebenarnya bukan urusan pemimpin Pas untuk menentukan sianu bin sianu masuk neraka.

Nik Aziz juga celupar mulut apabila mendakwa mahu meminta tolong dengan syaitan dan mahu menerima Perdana Menteri Bukan Islam. Syaitan adalah musuh ketat manusia. Bagimana mungkin syaitan dapat dijadikan penolong bagi orang yang beriman. Antara sebab orang Pas mengkafirkan orang Umno ialah kerana Umno melantik orang bukan Islam menjadi pemimpin maka bagaimana pula Nik Aziz bersetuju untuk bekerjasama dengan DAP atau bersetuju melantik oarng bukan Islam sebagai Perdana Menteri.

Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan orang Islam boleh memaki orang Islam lain kerana Allah sendiri pernah memaki Abu Lahab. Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan Ulama Umno ulama darh haidh dan nifas.

Nik Aziz juga celupar mulut mengatakan perjuangan Umno adalah sesat. Dan berbagai-bagai lagi keceluparan Nik Aziz. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga celupar mulut mengatakan bahawa perkataan barua dianggap lebih beradab daripada perkataan babi, kera dan taghut yang disebut di dalam al-Quran.

8. PAS mengekalkan perlembagaan Taghut
Kegagalan Pas meminda undang-undang tubuh Negeri Kelantan yang dahulunya disifatkan sebagai undang-undang taghut amat memalukan. Apa yang dipinda dari undang-undang tubuh tersebut ialah undang-undang anti lompat bagi memecat mana-mana ahli dewan undangan negeri yang bertukar parti. Akhirnya pindaan tersebut dibatalkan oleh mahkamah

9. Gagal menjaga kredibiliti agensi yang ditubuhkannya
Sebagai contoh Buletin "Membangun Bersama Islam" pernah menyiarkan berita berbentuk fitnah kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengkalan Chepa Ketika itu Saudara Fatmi Che Salleh(sekarang bergelar Dato’) dengan mendakwa beliau telah ditangkap kerana terbabit dalam cubaan menyogok wang kepada pengundi semasa pilihanraya kecil Sungai Pinang. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan telah terpaksa memohon maaf secara terbuka melalui surat-surat khabar.

Akibat daripada penyiaran rencana tanpa merujuk kepada sumber yang sah itu kerajaan Pas terpaksa membelanjakan Lapan Ribu Ringgit Wang rakyat sebagai bayaran ganti rugi kepada pihak UMNO Kelantan. Tindakan pemimpin Pas dalam menyalahgunakan buletin kerajaan untuk kepentingan parti bukan sahaja tindakan salahguna jentera kerajaan untuk kepentingan parti, tetapi tindakan yang merugikan wang rakyat. Oleh itu jangan disangka jikalau Pas memerintah kerajaan Pusat perkara yang sama tidak akan berulang kembali. Tindakan menyiarkan berita palsu melalui media kerajaan yang didakwa sebagai kerajaan Islam adalah amat memalukan umat Islam. Dalam hal melakukan fitnah ini Islam telah menetapkan neraka Jahnam tempat duduk mereka, sila lihat ayat dalam surah al-Buruj

10. Tidak melaksana hukum Islam di Kelantan

Berulang kali Pemimpin Pas mendakwa mereka sedia membubarkan parti Pas jikalau UMNO melaksanakan hukum Islam. Apa yang ajaibnya pemimpin Pas tidak sedar bahawa Pas yang sebenarnya tidak bersedia melaksanakan hukum Allah. Sebagai bukti kecil, Harakah 22 Mei 1987 menyiarkan kenyataan Ustaz Hassan Sukri setiausaha Agung Pas ketika itu yang menyifatkan Undang-undang Pentadbiran hukum syarak seperti yang dipinda dan diamalkan oleh Kerajaan negeri Kelantan sebagai satu undang-undang yang besar kesesatannya.

Ini kerana mengikut Ustaz Hasan, mereka telah meminda hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah dalam al-Quran. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Pas Kelantan hari ini meneruskan pelaksanaan pentadbiran hukum syarak yang dahulunya disifatkan sebagai sesat. Penggubalan undang-undang berhubung Nikah kahwin tidak berkait langsung dengan kuasa kerajaan Pusat. Maka apakah sebenarnya sebab Pas meneruskan pelaksanaan hukum yang dahulunya disifatkan sesat. Apakah jikalau orang lain buat sahaja sesat, tetapi jikalau Pas buat tidak sesat? Dan memang itulah perangai Pas. Umno beri duit kepada rakyat dikatakan Rasuah, tetapi kalau Pas beri duit kepada rakyat dianggap Sedekah.


Part 2 sebab-sebab PAS tidak layak memimpin. Tungguuuuuu.....

No comments:

Artikel pelbagai