Sunday, April 29, 2012

KEJADIAN SEBENAR PUAK #Bersih3 LANGGAR UNDANG-UNDANG!! @PDRMsia @HishammuddinH20


Lihatlah gambar di atas, siapa yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan?? Bukankah mereka tidak dibenarkan masuk ke Dataran Merdeka tapi pembaca lihatlah sendiri mereka merempuh benteng yang dibuat oleh PDRM dan DBKL. Mana DUDUK dan BANTAH yang mereka war-warkan??


Jelas ini membuktikan pemimpin mereka sendiri memberikan arahan untuk melanggar peraturan dan undang-undang. Tapi ketika merempuh benteng di Dataran Merdeka di manakah pemimpin-pemimpin HARAM JADAH nie semua?? Kenapa selepas berikan arahan larikan diri?? Sekali lagi jelas, mereka hanya mempergunakan rakyat demi kepentingan peribadi mereka sahaja.

GR sendiri berada di medan rusuhan Bersih 3.0 semalam dan melihat sendiri, pendemo-pendemo ini serupa dah macam manusia yang tidak mempunyai akal fikiran. Memekik terlolong macam orang dah kena rasuk jin. Dari segi perwatakan luaran baik dengan lelakinya berpakaian baik dan perempuannya menutup aurat yang muslimahnya siap pakai purdah lagi. Tapi memekik terlolong, maki hamun, ini ker wajah seorang Islam yang hakiki. Islam mengajar ini semua ker wahai puak-puak Bersih??

Beruk Bersih maki hamun Polis

Pendemo menghalang Bomba

 Mulakan provokasi dengan Polis

Jelas, perhimpunan Bersih 3.0 GAGAL ini kerana penganjur perhimpunan ini tidak mengotakan janji dan menjamin perhimpunan ini dijalankan secara aman. Agenda mereka untuk memburukkan negara di mata dunia cukup jelas. Sengaja menimbulkan provokasi dan ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa PDRM satu badan yang zalim dan bertindak ganas. Kata boleh bawa 500,000 rakyat Malaysia turun berdemo, kenapa 15,000 saja yang turun???

GR berpendapat Ambiga, Anwar dan seluruh Pakatan HAPRAK harus bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi pada Bersih 3.0. Kerosakan harta benda awam dan berbagai keganasan yang dibuat oleh puak-puak mereka. Rakyat Malaysia bencikan keganasan dan ini bukan caranya menuntut sesuatu KEADILAN tapi ini adalah cara yang seseorang yang dah tak laku dan syok sendiri...


GR kata: Rakyat Malaysia BENCI Bersih...Rakyat Malaysia sayangkan keamanan!!!

1 comment:

Anonymous said...

'Rakyat Malaysia' yg mana yg bencikan Bersih?

Artikel pelbagai