Sunday, August 28, 2011

Selamat Ulangtahun Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Kata orang usia 62 tahun sudah diibaratkan sebagai usia di penghujung perjalanan hidup. Pada usia sebegini sepatutnya sudah melupakan segala perkara duniawi dan perlu tumpukan kpd soal akhirat pula. Tetapi bagi Pemuda UMNO Malaysia, usia bukanlah penghalang utk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Keperluan Pemuda UMNO utk terus berada di arena politik negara masih relevan dgn keadaan tsunami politik yg tidak menentu hari ini.

Waktu ini juga, fungsi Pemuda UMNO sangat diperlukan untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terutama golongan muda kepada UMNO & Barisan Nasional. Orang Melayu perlu tahu bahawa tiada satu pun parti di negara ini yg memperjuangkan & mempertahankan hak orang Melayu. Beritahu kpd cucu cicit pada masa akan datang bahawa parti keramat ini lah yg memperjuangkan kemerdekaan negara. Walaupun sudah lama berlalu tetapi jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh UMNO terdahulu tidak boleh dilupakan begitu saja. Beritahu juga pada mereka, sebenarnya mereka terhutang budi kepada UMNO selagi mana Malaysia ini kekal aman sejahtera. Jangan sesekali membenci dan mengherdik parti yg sangat berjasa kepada bangsa yg lemah ini.

Tambahan lagi, parti ini jugalah yg telah membantu anak bangsa menjadi orang yg berilmu, berwibawa dan terkenal ke seluruh dunia. Tanamkan niat penuh keikhlasan dan teruskan perjuangan wahai Pemuda UMNO utk bangsa, agama dan negara Malaysia yg tercinta. Jangan berhenti sebelum gugur. Terus maju dan terus mengukir kejayaan yg membanggakan kerana perjuangan Pemuda UMNO baru bermula.


No comments:

Artikel pelbagai