Thursday, August 27, 2015

#RinggitMalaysiaJatuh SIAPA YANG SALAH ATAU KITA YANG TAK FAHAM?? #Bersih4


Yang bodoh terus diperbodohkan oleh pembodoh sebab tak tau fakta atau tak tau di dunia ini ada lagi negara lain selain Malaysia yang juga mengalami susut nilai matawangnya...

Yang budak2 tu tak la pelik sangat sebab mereka tak tau sejarah tapi yang tua bangka dah senja yang hidup cuma menongkat langit bukan tak tau sejarah tapi jadi penghasut dengan fakta2 sampah.....

Tetapi bagi yang berpijak di bumi nyata berfikiran waras dan bernas seperti ini....

Hari ini, nilai Ringgit adalah RM4.00 bagi satu dolar. Apabila saya membuka akaun Facebook dan Twitter, 9 daripada 10 status yang keluar di Facebook menghentam kerajaan berkenaan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Berdasarkan penelitian, mereka yang menghantar komen-komen di laman sosial tersebut kebanyakannya adalah daripada golongan belia yang seolah-olah menganggap Malaysia akan musnah esok.

Dalam masa sebulan yang lalu, saya melihat bagaimana rakyat Malaysia menjalani transformasi menjadi pakar perlembagaan, penganalisis dan kini pakar ekonomi pula.

Ada juga yang menyalahkan Kerajaan dan parti yang memerintah sekarang. Terdapat satu kumpulan yang dinamakan Suara Rakyat yang gemar berkata ‘negara lain adalah lebih baik kerana UMNO tiada di Negara mereka'..Pandai kan depa nie..otak tahap George Soros. Hi hi hi

Sudah tentu, apabila anda mempunyai pandangan yang sempit, anda akan terlepas pandang fakta bahawa :

• Russian Roubles hilang 114 peratus berbanding dolar AS
• Indonesian Rupian hilang 51 peratus berbanding dolar AS
• Indian Rupees hilang 38 peratus berbanding dolar AS
• Norwegian Krone hilang 37 peratus berbanding dolar AS
• Australian Dollars hilang 24 peratus berbanding dolar AS
• Euro hilang 20 peratus berbanding dolar AS
• Thai Baht hilang 10 peratus berbanding dolar AS

Adakah sayaperlu teruskan?

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejatuhan nilai mata wang negara-negara ini adalah kejatuhan harga minyak. Minyak mentah diniagakan pada US$70-80 setong. beberapa tahun yang lalu dan kini ianya jatuh kepada US$50 setong.

Bukan AS sahaja rakan niaga kita dan prestasi Ringgit kita tidak diukur berbanding dolar AS sahaja.

Apabila kita lihat pada Ringgit:

• kita lebih kukuh berbanding Dolar Kanada (2%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupee India (10%)
• kita lebih kukuh berbanding Yen Jepun (14%)
• kita lebih kukuh berbanding Rupiah Indonesia (18%)

Tidak perlulah saya senaraikan kesemuanya, memadai dengan menyebut beberapa contoh.
Adakah anda tahu bahawa nilai perdagangan kita dengan India, Jepun dan Indonesia hampir dengan 20%?

Sesetengah dari kita cepat untuk memberi berita negatif dan cepat mengulas seperti seorang pakar dalam Facebook dan Twitter. Itulah hakikat sikap kita hari ini. Malangnya, tiada di antara kita yang merujuk kepada tahun 1998.

Ramai yang lupa bahawa Ringgit pernah jatuh serendah RM4.725 untuk satu dolar pada 7 Januari 1998 (kadar menjual BNM, di kaunter adalah lebih daripada RM4.80-4.88).

Mungkin mereka yang rancak menghentam mengenai keadaan ekonomi kita di Facebook kini masih di bangku sekolah ketika itu. Sudah pasti mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tahun 1998, zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan. Dulu :

a) Orang kehilangan pekerjaan atau mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan
b) Isi rumah yang membebankan
b) kadar bunga pinjaman purata adalah 12.16 peratus
c) Kadar inflasi hampir kepada 3 peratus tanpa penarikan subsidi.

Sesiapa yang meragui bahawa kadar inflasi 2-3% hari ini adalah benar dan merasakan ia sebenarnya yang lebih tinggi, cuba terapkan pemikiran yang sama untuk tahun 1998-1999.

Ya pasti anda terkejut, kadar bunga pinjaman purata adalah lebih 12%. Itulah yang berlaku pada masa itu. Anda boleh mengatakan ia adalah sejarah lalu dan anda boleh terus menyalahkan Perdana Menteri, Bank Negara Malaysia dan Kerajaan untuk kejatuhan hari ini.

Tetapi di masa akan datang, sebelum anda berkongsi kemarahan anda di Facebook atau Twitter, tanya diri sendiri, adakah penurunan nilai Ringgit memberi kesan kepada anda?

1. Adakah anda membeli-belah dalam talian daripada laman web Amerika Syarikat?
2. Adakah anda merancang untuk terbang ke Amerika Syarikat untuk bercuti?
3. Adakah anda seorang rakyat Malaysia yang belajar di Amerika Syarikat?
4. Adakah anda mengimport barang yang akan dijual semula di Malaysia?
5. Adakah anda membeli barang keperluan dan makanan dari Amerika Syarikat untuk digunakan di sini?
6. Adakah anda sama sekali menggunakan dolar AS dalam kehidupan harian anda?

Kerana, hanya jika anda menjawab ya kepada perkara di atas, barulah anda akan terjejas. Jika tidak, apa yang membimbangkan anda? Gaji anda masih dalam Ringgit Malaysia dan anda tidak membeli barang keperluan dengan dolar Amerika.

Pastinya, tiada siapa yang boleh menafikan bahawa ia memberi sedikit kesan kepada beberapa segmen terutama import dan jika merancang untuk melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan beberapa destinasi lain.

Kepada yang menjadi pakar ekonomi segera tu..adakah mereka ini selalu membeli barang buatan US dan negara2 Europe? Bukankah barangan negara kita sendiri lebih baik dan teruskan membeli kerana ia juga dapat meningkatkan pendapatan negara kita sendiri.

Dari aspek penarafan antarabangsa oleh beberapa agensi penarafan, kita wajar menarik nafas lega kerana Fitch, Moody dan S&P kesemuanya memberikan penarafan "Stabil" kepada Malaysia.

Hakikat sebenar, tiada seorang pun ahli ekonomi di luar sana yang mengatakan bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh, hanya ahli politik yang mereka tahayul ini mewar-warkan perkara yang belum pasti...Hakikatnya masyarakat sekarang lebih percayakan KEYBOARD WARRIOR dari mencari sendiri fakta yang sebenar.


GR kata: Taikun-taikun Cina duk pening kepala sekarang nie...padan la muka hangpa!!


2 comments:

Anonymous said...

http://abatasa2.blogspot.com/2015/08/krisis-minyak-dunia-semakin-dekat.html

Anonymous said...

persoalannya apa kerajaan buat untuk mengatasinya ......kerana ia memudaratkan 90% rakyat negara ini.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

atau kerajaan memang suka rakyat menderita....???????????????????????

Artikel pelbagai