Kebaikan yang GR lihat rokok elektronik ini dapat menjana pendapat sampingan dikalangan masyarakat khususnya bangsa Melayu. Alhamdulillah bangsa Melayu telah pun monopoli perniagaan ini yang pada dahulunya telah 'DIHARAMKAN' sementara oleh pihak Kerajaan. Hi hi hi...
Kementerian Kesihatan melalui jawatankuasa teknikal sedang mengumpulkan data (klik di sini) dan kemudian akan membuat keputusan samada mengharamkan vaporiser atau tidak. Sekarang Majlis Agama Islam telah mengeluarkan fatwa vapor ini adalah haram (klik di sini)...Korang fikirlah sendiri yer....
Seperti diketahui ramai, vaporiser tidak dicukai oleh kerajaan dan tentunya penggunaan alat itu tidak mendatangkan keuntungan kepada negara berbanding rokok.
Apapun, perhatikan catatan dipaparkan di kotak rokok di bawah:
Amat pelik, rokok mengandungi LEBIH 4,000 bahan DISAHKAN berbahaya kepada kesihatan tetapi tidak pula diharamkan penjualannya.
Justeru jika kajian jawatankuasa terbabit mendapati sisha dan vaporiser memudaratkan kesihatan, terlebih dahulu haramkan penjualan rokok di Malaysia secara total. Biar paru-paru setiap perokok tidak terus dicemari dan mereka di sekeliling menjadi secondary smokers selama ini berasa lebih lega. Pada masa sama, tiada puntung rokok bersepah dan baju juga tidak berlubang akibat terbakar.
Pihak berkuasa harus memastikan pelbagai jenama rokok diseludup dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia tidak terus dilambakkan di Malaysia. Jika inginkan BUKTI, rasanya pihak berkuasa lebih mahir dalam bab penyeludupan. GR percaya, ramai pembaca blog ini sudi menghulurkan kerjasama....betul tak??
Janganlah disebabkan tak boleh kutip cukai semua benda dijatuhkan 'HARAM'....jangan asyik dengar cakap orang luar...tak salahkan tengok bangsa Melayu jadi kaya dalam perniagaan ini asalkan mereka cari rezeki halal tak tidak langgar undang-undang.
GR kata: Jual flavor vapor sampai buka kedai di Europe...hebat anak Melayu. Caiyok caiyokkkk!!
2 comments:
Bukan mudah untuk berhenti merokok. Jika ada satu instrument yg boleh menghilangkan ketagihan rokok patutlah di ketengahkan. Perokok yg ingin berhenti merokok juga perlukan sokongan...
Dah hampir 3 tahun berhenti merokok.Vaping not smoking.Kita berhak dan bebas memilih.Kita pilih vaping.Smoking tobacco is definitely dangerous to health.Terbukti dah.Vaping hanya guna bahan buat kuih! Itupun nak diharamkan? Fikirlah.
Post a Comment