Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Seri Kembangan di sini.
Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin sebagai usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.
Mohd. Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - BERNAMA
Inilah fitnah FMT yang tidak berasas langung, bila dah tak ada modal apa lagi fitnah dan menipu menjadi makanan sebati dalam hidup mereka. Ada saja fitnah dan penipuan yang dibuat oleh mereka pada parti keramat UMNO/BN. Pada mereka apa yang dibuat oleh UMNO/BN semuanya tidak betul dan apa yang mereka buat semuanya betul belaka. FMT ni adik beradik dengan pakatan haprak memang camtue kan...
Terbaru fitnah dan penipuan dari FMT yang mengatakan UMNO mempunyai hubungan baik dengan komunis. Ini semua TIDAK BENAR. Jangan main hentam keromo kalau tak der bukti yang sah. GR terangkan sedikit sejarah UMNO, baca di bawah :
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan] adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.
GR dapati dari blog Tukang Lawan pencacai pembangkang menunjukkan bukti gambar dari zaman Tun Abdul Razak yang menyatakan itu adalah UMNO ada hubungan dengan pihak komunis. BODOH juga diaorang ni kan...sejarah dari dahulu lagi Malaysia mempunyai hubungan baik dengan China dari segi rakan niaga dan juga diplomatik. Kalau tidak macam mana hasil negara boleh bertambah dari segi barangan Malaysia yang dieksport ke luar negara terutama sekali di China.
GR ingin nyatakan pada blog Tukang Lawan dan pencacai-pencacai Pakatan Haprak, janganlah jadi BODOH memberikan fakta yang TIDAK munasabah langsung. Macam mana pula dengan PKR dan PAS yang terang-terang bersekongkol dengan DAP yang semua rakyat Malaysia tahu punca tercetusnya peristiwa 13 MEI dahulu dari pihak mana??
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China telah wujud sejak dari zaman dahulu, bermula ketika Laksamana Cheng Ho melawat Melaka. Hubungan ini semakin berkembang dan dapat dilihat dengan jelas pada masa kini. Buktinya bukan sahaja pada lawatan pembesar serta pemerintah kedua-dua buah negara, tetapi juga dapat dilihat ketika pelanggan membeli barangan di negara China, iaitu apabila peniaga memujuk pembeli dari Malaysia dengan mengatakan bahawa China dan Malaysia mempunyai hubungan yang baik.
Malah ada peniaga yang cuba untuk bertutur dengan menggunakan bahasa Malaysia ketika berurusniaga dengan rakyat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara amat penting bukan sahaja demi keamanan negara, tetapi juga demi untuk memajukan perniagaan serta ekonomi negara masing-masing. So tidak ada sebab nak kata UMNO mempunyai hubungan dengan komunis. Fikir-fikirkanlah...
GR kata: Macam mana dengan Pak Anuwar yang selalu amik China Doll tu, bukan ada hubungan dengan komunis ka??
No comments:
Post a Comment