Friday, January 18, 2013

ISU TANAH KELANTAN: NIK AZIZ SIBUK NAK SAMAN, JAWABLAH KATA ULAMA' HERO!!


Sudah hampir sebulan pendedahan telah pun dibuat mengenai Isu Tanah Kelantan seluas 10,526 ekar ini dan sehingga hari ini jugalah Nik Aziz, Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham masih berdiam diri. Sebelum itu GR ingin bertanya pada mereka ini, "Lu orang suruh blogger Pisau.Net mohon maaf secara terbukakan? Kenapa lu orang TAK NAK JAWAB secara terbuka mengenai isu ini?"

Mengenai penyelewengan Tanah Kelantan ini mungkin ada sedikit kesilapan, di mana permintaan jawatan Menteri Besar Perak yang jika secara logiknya DAP yang memegang jawatan tersebut. Kita juga tahu perlantikan Menteri Besar adalah di bawah kuasa Sultan. Pada 13 Januari 2013, blogger Pisau.Net telah pun membuat pembetulan mengenai isu ini. Boleh baca DI SINI.

Hari ini HarakahDaily cuba untuk memusingkan kenyataan sebenar apa yang diperbetulkan oleh blogger Pisau.Net. Depa ni tak faham atau pun tak reti membaca?? Pembetulan yang dibuat adalah percanggahan fakta mengenai isu penyelewengan tanah ini dari segi ada wujudnya 'RASUAH DALAMAN' dari segi PAS untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar Perak itu sendiri.


Tanah yang seluas 4x lebih besar Putrajaya ini yang kita semua ketahui rakyat Kelantan mempersoalkan kenapa boleh menjadi hak milik orang luar iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham? Syarikat Upayapadu Sdn Bhd adalah 100% milik mereka berdua dan mereka juga telah mengaku syarikat ini milik mereka. Jika Nik Aziz kata tidak mengetahui apa-apa sebarang proses pemilikan tanah ini berlaku, sedang YIK dipengerusikan oleh Nik Aziz sendiri. JAWAB NIK AZIZ! JAWAB!!

KENAPA NILAI PAJAK TANAH KE UPAYAPADU HANYA RM 1 JUTA TAPI NILAI SEBENAR RM 78 JUTA??

Berapa nilai tanah ini dan berapa harga Upayapadu yang dibeli oleh Ngeh dari Tengku Wong? Ini satu persoalan yang Ngeh enggan jawab. Malah dia banyak menghabiskan masa cuba mengelak-elak enggan menjawab. Betulkan Ngeh??

Ada iklan yang mengiklan harga tanah di Gua Musang pada harga berikut :


Kalau diguna nilai itu untuk 10,526 ekar, itu dah  RM168.4 juta. Kalau tanah itu tanah balak, nilai balak dalam tanah itu boleh diambil kira dalam kiraan tanah tersebut.


Menurut Broker Amos Tan, ada 9,500 ekar tanah balak yang boleh menjana 20 ribu tan balak :


Getah ada 1,000 ekar pokok getah yang sudah berumur 4 tahun yang dah boleh ditoteh tahun depan.

Berapa pula nilai dan ekaran keluaran kelapa sawit?

Kelapa sawit dah dapat hasil 3,000 tan setahun pada tahun ke 3 dan meningkat ke 8-10 ribu tan setahun. Kire sajalah dengan nilai kelapa sawit setan?

Senang saja cakap Upayapadu boleh menjana beberapa juta dalam setahun? Dengan konsesi yang dikatakan 70 tahun, bukankah agak murah bagi harga RM 36.8 juta.

YIK hanya dapat RM100 seekar setahun bagi tanah 10,526 ekar yang dengan ini hanya menghasilkan RM1,052,600 setahun.

Ini adalah sesuatu yang boleh disiasat kerana Nik Amar mengatakan YIK perlu membayar gaji sebanyak RM6.5 juta sebulan untuk 2 ribu guru bagi 92 sekolah bagi 35,000 anak murid.

Setahun nak pakai RM 78 juta atau lebih. Bukankah tanah 10 ribu ekar boleh jana pendapatan yang boleh menampung perbelanjaan itu!!


GR kata: Jawab dulu Pok Nik, jangan sibuk nak saman jer. Jangan fitnah tu makan diri sendiri balik!!
 

No comments:

Artikel pelbagai