Sunday, January 13, 2013

Mana Janjimu Dulu Pada Kami Wahai Khalid Ibrahim? #PRmenipu

Hampir 200 ibu bapa dari kawasan Parlimen Gombak berhimpun secara aman semalam bagi menuntut kerajaan Selangor membayar bantuan RM50 sebulan bagi setiap murid prasekolah seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terbukti gagal menyalurkan bantuan tersebut sejak memerintah pada tahun 2008 dan apabila hendak dilaksana, pelbagai syarat pula dikenakan.

"Tindakan ini jelas menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat tidak mampu memerintah dengan baik dan adil," katanya selepas menghadiri perhimpunan berkenaan yang diadakan di dataran Uptown Taman Seri Gombak di sini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak, Datuk Said Anuar Said Ahmad dan Pengerusi Bertindak Tabika Parlimen Gombak, Mohd. Nordin Tahir.

Tegas Sohaimi, dalam manifesto, Khalid berjanji akan memberikan bantuan RM50 sebulan kepada murid prasekolah tetapi menetapkan syarat hanya taman asuhan yang berdaftar dan pendapatan keluarga bawah RM1,500 yang layak menerimanya.

"Kalau hendak bantu, kenapa perlu letak syarat dan tidak beri sama rata. Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang memberikan bantuan kepada semua pihak tanpa mengira parti," tambahnya lagi.

Sementara itu, Said Anuar yang juga Koordinator Tuntutan Janji Manifesto Selangor berkata, pihaknya akan mengumpulkan maklumat jumlah penerima bantuan RM50 itu sebelum menyerahkan memorandum tuntutan kepada Khalid.

GR kata: Janji tak sudah...apa pun tak boleh!!

No comments:

Artikel pelbagai