Thursday, May 17, 2012
BAR COUNCIL BERAT SEBELAH! JADI BALACI PAKATAN HAPRAK..??
Jelas sekali Majlis Peguam melalui usul yg diluluskan pada mesyuarat agung luar biasanya Jumaat lalu, telah mengeluarkan kenyataan berat sebelah dan berniat jahat. Sedari awal Majlis itu telah menjatuhkan hukuman, apabila mereka mengutuk polis yg dikatakan bertindak ganas terhadap para peserta himpunan Bersih di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pihak polis didakwa tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam. Mereka menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak terburu-buru tanpa memberi masa untuk orang ramai bersurai di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India dan beberapa kawasan terbabit yg menyebabkan puak-puak Bersih merusuh.
Bagaimana badan yg sepatutnya bertindak profesional boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu, yang sama senada dengan kenyataan yang dilaungkan pihak pembangkang dipentas-pentas ceramah mereka selama ini. Apa yg tidak mereka jelaskan ialah bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Bagaimana agresifnya puak-puak pendemo itu mengalih serta menceroboh halangan yg dipasang pihak berkuasa itu. Bagaimana ganasnya puak-puak Bersih itu menyerang kereta peronda polis serta polis bermotosikal yang melalui kawasan itu.
Majlis itu juga tidak menyebut, bahawa ada kepalanya seperti S. Ambiga dan Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin politik pembangkang meniupkan kata-kata kecaman dan semangat yang kemudiannya mengundang mereka bertukar menjadi liar dan ganas. Apakah anggota polis patut membiarkan perusuh masuk sambil memukul muka, kepala dan tubuh badan mereka dengan topi keledar, kayu, atau pelbagai benda berbahaya??
Apa perasaan Majlis Peguam jika orang ramai bertindak menceroboh dan merosakkan bangunan mereka yang berdekatan Dataran Merdeka itu? Tindakan polis menembak gas pemedih mata itu pun bertujuan untuk menyuraikan perusuh daripada bertindak melampau terhadap pihak berkuasa. Itu pun dilakukan setelah Polis memberi amaran berulang kali melalui pembesar suara, namun tidak pernah diendahkan oleh mereka yang sudah naik gila itu.
Kalaulah benar, Majlis Peguam kena tunjuk cara paling sesuai untuk Polis berhadapan dengan peserta himpunan yang bertindak ganas. Jangan hanya pandai mengkritik tindakan polis tetapi langsung tidak membantu dari segi buah fikiran untuk bertindak mengajar peserta demonstrasi berbaju kuning itu. Nampak sangat Majlis Peguam berat sebelah dengan memihak kepada perusuh. Sedangkan pihak Datuk Bandar Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sudah mendapat injunksi mahkamah supaya Dataran Merdeka jadi kawasan larangan.
Polis telah pun menyiarkan bukti-bukti yg menyaksikan peserta perhimpunan itu menceroboh, bertindak ganas dan menyerang pihak polis terlebih dahulu sebelum pihak berkuasa itu bertindak. Mengapa Majlis itu tidak pernah mahu mengambil kira sebarang laporan yg juga telah dikeluarkan olih pihak Polis yg telah dilakukan pihak perusah terhadap mereka?
Jelas sekali usul yg diluluskan Majlis Peguam pada mesyuarat agung luar biasanya Jumaat lalu sebagai berat sebelah. Keputusan Majlis Peguam itu pun bukan 100 peratus daripada suara semua peguam. Ia hanya keputusan kumpulan pro-pembangkang. Ini terbukti kerana wujud suara-suara anggota Majlis Peguam sendiri yg tidak berpuas hati dengan badan itu, malah mereka telah memfailkan saman ke Mahkamah Tinggi hari ini untuk membatalkan usul mesyuarat tersebut.
Peranan Majlis Peguam sepatutnya menjaga anggota dan kepentingan profesion guaman serta mengambil tindakan terhadap mana-mana peguam yg didapati menyelewengkan hasil aduan yang dibuat orang ramai terhadap peguam yg terbabit, bukan peranannya cuba masuk campur urusan politik. Bagaimana pandangan dan sokongan baki ahli Majlis Peguam yg mempunyai hampir 14,000 anggota. Kehadiran hanya 1,270 orang anggota bukanlah mewakili kehendak suara majoriti peguam Malaysia.
Apa pun rakyat dan Majlis Peguam patut memberi kerjasama kepada enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas, bukan membuat tuduhan yang tidak berasas dan boleh dipertikaikan.
GR kata: Peguam pun tak adil, rosaklah macam ni. Baik jadi kerani buang masa belajar tinggi-tinggi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment