Saturday, May 19, 2012

LIVE: HIMPUNAN ISLAM INI KALAHKAN HIMPUNAN PAS DAN #Bersih!!


Inilah perhimpunan umat Islam yang sebenar demi mempertahankan agama Islam yang suci. Islam adalah agama yang suci, tapi dizaman sekarang umat Islam sendiri yang memalukan dan mempermainkan Islam demi kepentingan peribadi.

GR sekarang berada di Ijtima' Tabligh K.Lumpur di Masjid Jame' Sri Petaling. Lebih 20,000 umat Islam berkumpul di sini mendengar ceramah agama tentang kehebatan Allah S.W.T, usaha pengorbanan Nabi-nabi dan para sahabat demi memperkembangkan agama Islam ke seluruh dunia seluruh alam.


Inilah himpunan umat Islam yang sebenar tidak seperti himpunan puak-puak PAS. Dalam himpunan ini tidak ada ceramah politik, memaki hamun sesama umat Islam, bercakap kotor seperti yang pembaca biasa dengar dalam ceramah-ceramah politik mereka. Apakah Islam yang ingin dibawakan oleh PAS?? Sedangkan Islam mereka permainkan begitu saja. Wajarkah ostad-ostad PAS perjuangkan Islam?? Hakikat sebenar mereka buat demi meraih undi dan kepentingan peribadi mereka sendiri. Pembaca nilailah sendiri dan renung-renungkan....


GR kata: Umat Islam harus bersatu demi cintakan agama Islam itu sendiri. Amalkan selalu sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan harian kita....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Artikel pelbagai