Monday, May 14, 2012

BONGKAR: @AzminAli KENA TERAJANG DENGAN 'ORANG SENDIRI'..??


Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Fauzi Muda mendakwa isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Azmin Ali adalah angkara 'orang dalam' parti itu sendiri yang mahu menjatuhkan Timbalan Presiden PKR itu.

Fauzi mendakwa, beliau mempunyai bukti bahawa rakaman video seks berkenaan merupakan antara komplot terancang oleh kelompok tertentu dalam PKR yang tidak senang dengan kedudukan Azmin dalam parti.

"Ini 'sepak terajang' dalam PKR sendiri. Saya boleh tunjuk bukti macam mana usaha terancang mereka untuk jatuhkan Azmin. Banyak surat layang dihantar kepada saya dan ia bermula sejak pemilihan parti pada 2001," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Fauzi berkata, Azmin dilihat berseorangan dalam menghadapi isu video seks serta berkaitan keluarganya apabila tiada seorang pun pemimpin PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mempertahankan beliau sehingga hari ini.

"Sebagai seorang rakan rapat beliau, terus-terang saya amat simpati dengan Azmin terutama yang mutakhir dalam isu keluarga dan isu penyebaran video seks.

"Dalam isu ini, nampak sikap pilih kasih. Sebelum ini kita lihat dalam isu seks melibatkan Anwar dan Elizabeth Wong, ramai pimpinan PKR mempertahankan kedua-duanya, tetapi dalam isu Azmin, beliau berseorangan menghadapinya," katanya.

Menurutnya, masalah dalam PKR berpunca daripada tindakan kumpulan ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba menyingkirkan kumpulan bekas ahli UMNO untuk menguasai parti itu. - UM


GR kata: Dalaman PKR pun tak satu hati macam mana nak memimpin rakyat dan negara..??

1 comment:

rebellion said...

Umporno jer pandai sebar2 vid macam ni, depa memang handal dah macam terlatih lak.

PKR dalam isu ni jelas, Azmin Ali pun dah jelas.

Artikel pelbagai