Monday, May 14, 2012

PANAS: TANAM ANAK HIDUP-HIDUP!! MALAYSIA KER..??


Bapa seorang bayi perempuan berusia enam minggu, ditahan bersama bapa saudara bayi itu kerana dikatakan cuba menanamnya hidup-hidup. Mereka dikatakan percaya dengan berbuat demikian akan dapat melindungi anaknya yang lain daripada penyakit.

Seorang pekerja di kawasan perkuburan di Pilkhuwa, 100 kilometer dari Delhi, membuat laporan polis apabila ternampak kedua-dua lelaki itu cuba menanam bayi itu, Radhika.

Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu. Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat.

Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut. Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: “Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?”

Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: “Anda lihat sendiri bukti kubur digali.” Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan. “Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis,” katanya.

Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat. Di India, kanak-kanak perempuan masih dianggap sebagai beban kerana perkahwinan tradisi memerlukan hantaran yang besar dibayar kepada pihak lelaki apabila berkahwin. Negara itu mempunyai kadar kematian kanak-kanak perempuan tertinggi di dunia. - HM


GR kata: Syukur alhamdulillah hidup di Malaysia yang aman dan cukup makan pakai semuanya...

No comments:

Artikel pelbagai