Monday, May 14, 2012
@SUHAKAM MEMBELA KEGANASAN?? APA CITER NI..??
Apakah misi dan visi sebenar Suhakam ditubuhkan? Adakah untuk menjaga hak asasi minoriti yg mengganas? Atau adakah Suhakam diwujudkan untuk pupuskan kuasa polis sedangkan kuasa yg ada pada polis berlandaskan undang2?
Adakah Suhakam mengamalkan sikap sayangkan mereka yg mengganas dan mahukan polis tidak berkasar dengan mereka yg mengganas? Contohnya perhimpunan haram Bersih 3.0, sedangkan matlamat sebenar mereka amat kotor.
Bagaimana pula dengan hak asasi majoriti rakyat Malaysia yg menghadapi pelbagai kesusahan akibat perbuatan minoriti yg mengganas ini? Sehingga ini sudah tiga kali perbuatan menyusahkan rakyat diadakan. Bagaimana pula hak asasi kami majoriti rakyat yang amat selesa dan bersyukur dengan apa yg ada? Bagaimana dengan hak asasi para peniaga, pemandu teksi, pekerja syarikat bas?
Atau bagaimana dengan hak asasi tuan punya kompleks beli belah, hak asasi anggota polis? Apakah mereka perlu ada satu badan lain untuk menjaga hak asasi mereka? Suhakam mempertikaikan tugas polis semasa menghadapi mereka yg mengganas ini. Jika polis tidak bersikap seperti polis, maka semakin ramailah yg akan mengganas kerana polis tidak boleh bertindak ke atas mereka yg mengganas. Jika polis tidak dibenarkan menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam tindakan atau siasatan, apakah pengganas, penjenayah dan perompak akan memberikan maklumat dengan sukarela kepada polis?
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai tahap profesionalisme yg amat tinggi dalam menjalankan tugas selama ini. Cuma pembangkang dan penggerak Bersih (yang kotor) sahaja sentiasa mengutuk dan memperlekehkan PDRM. Ini disebabkan sikap gila kuasa yg meluap2 serta iri hati dengan kemajuan serta kemakmuran negara di bawah kepimpinan BN.
Wahai Suhakam dan penyokong buta tuli pembangkang, ingatlah kalau pembangkang dan konco2nya yg belum pun berkuasa tetapi melakukan pelbagai kerosakan dan melanggar undang-undang negara, bayangkanlah apa akan jadi kepada Malaysia apabila mereka ini berkuasa. Muhasabahlah diri anda semua sebelum terlambat demi masa depan agama, bangsa dan negara dan kita semua.
GR kata: Rakyat Malaysia bencikan keganasan, rakyat Malaysia cintakan keamanan!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment