Tuesday, May 15, 2012

AL-KISAH 'BLOGGER JALANAN' YANG MEROYAN TAK TENTU PASAL! @HishammuddinH2O @NajibRazak


Semalam dunia alam maya telah digemparkan oleh seorang yang menggelarkan dirinya 'blogger jalanan' siapa lagi kalau bukan blogger No.1 negara Papagomo. GR pun tidak pasti apa yang beliau meroyan tak tentu pasal sampai sebegini rupa. Bukankah sebagai seorang yang ada nama, No.1 negara haruslah menunjukkan contoh yang terbaik kepada rakan seperjuangan seangkatan dengan beliau. Itu pendapat GR kerana masing-masing dalam aliran yang sama...membantu Kerajaan dan sekaligus membantu Barisan Nasional memenangi PRU-13 nanti.

Semua sudah tahu bahawa UMNO telah pun menyambut ulangtahunnya yang ke 66 dan selama tahun inilah UMNO membela rakyat Malaysia. Pembangunan demi pembangunan yang dibuat untuk negara demi untuk kebaikkan negara dan juga rakyat. Tetapi kenapa kita masih nak berada ditakuk yang lama, masih mahu cuba untuk memburuk-burukkan sesama sendiri?? Kenapa dan kenapa?? Bukankah musuh kita yang sebenar ialah Pakatan Haprak yang jika mereka menang pilihanraya nanti habis punahlah negara ini ditangan mereka seperti apa yang terjadi negeri-negeri yang ditadbir oleh mereka.


Screen shot di atas menunjukkan apa yang menjadi ketidakpuashatian si Blogger Jalanan ini. Beliau mengatakan bahawa cybertroopers BN gagal. Pada pendapat GR senang saja, jika kita melihat sesuatu hasil kerja yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia itu perkara yang baik untuk rakyat apa salahnya kita sama-sama bantu promosi perkara yang baik. Tidak perlu tuding jari ini salah siapa dan siapa. Kita sebagai yang menyokong kepimpinan kerajaan BN, apa saja yang baik perlu kita bantu. Betul tak?? Tidak perlu meroyan sana sini salahkan sesiapa...Video ini tidak salah kita LIKE untuk sama-sama kita bantu. Betul tak..??

GR ingin sarankan kepada rakan seperjuangan diluar sana, seharusnya kita rapatkan lagi hubungan silaturrahim antara kita semua. Ini bukan masanya untuk kita menyalahkan sesiapa. Janganlah berdengki antara satu sama lain. Jangan busuk dan burukkan antara satu sama lain. Apa yang penting sekarang peperangan kita yang sebenarnya ialah UMNO/BN akan memenangi sekali lagi dengan majoriti yang besar dalam pilihanraya ke 13 nanti. Tidak perlu menyalahkan kawan-kawan blogger dari Unit Media Baru (UMB) kerana bukankah anda wahai Blogger Jalanan dahulu pun bersama UMB. UMB telah berjaya menghasilkan cybertroopers yang berkaliber dan ilmu yang diajar amat bermanfaat untuk semua.

GR hanya memberikan pendapat apa yang terbuku dihati. GR harap si 'Blogger Jalanan' ini tunjukkanlah contoh yang baik. Janganlah mendabik dada dengan ranking yang ada. Bukan rangking yang kita mahukan tapi kepercayaan dan keyakinan pembaca akan terkesan dengan apa yang kita tulis demi membantu kepimpinan kerajaan sekarang iaitu Barisan Nasional (BN). Fikir-fikirkanlah bukan selama-lamanya kita akan berada di atas, hidup ini umpama roda....

Baca juga DI SINI, KLIK SINI dan DI SINI


GR kata: Teringat kata-kata dalam filem P.Ramlee, "Lu punya nasib lu makan, wa punya nasib wa makan...ape salahnya makan sama-sama"...

No comments:

Artikel pelbagai