Thursday, May 17, 2012

PANAS: PM @NajibRazak TAWA GEMBIRA...ANWAR MAKIN PENING KEPALA!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berada ribuan kilometer jauhnya dari tanah air, namun nampaknya interaksi beliau dengan pengikut laman Twitternya di sini hujung minggu lepas, masih bermain dalam fikiran beliau.

Dalam entri terkini blognya, Najib meluahkan kegembiraannya bertemu rakan-rakan media sosial beliau, terutama pengikut ke-500,000 laman Twitternya pelajar bernama Anwaruddin Izzuddin, 15, dari Hartamas ketika bersarapan di Restoran Chawan di Bangsar.

"Kami membincangkan pelbagai perkara ketika menikmati hidangan nasi lemak, ubi kayu rebus dan telur separuh masak. Kami bercakap mengenai Malaysia, bola sepak dan makanan termasuk bagaimana ubi kayu menjadi makanan ruji ketika penjajahan Jepun," tulis beliau dalam laman blog www.1Malaysia.com.my.

Perdana Menteri kini berada di New York bagi lawatan kerja empat hari selepas mengakhiri lawatan ke United Kingdom, di mana beliau antaranya menghadiri resepsi yang dihoskan pewaris takhta Britain, Prince Charles, bersempena penganugerahan Piagam Diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford.

Najib berkata beliau mendapati tetamu beliau pada sarapan itu memiliki semua sifat baik untuk generasi rakyat Malaysia akan datang, "dengan sikap optimis dan kesungguhan mereka untuk memanfaatkan sepenuhnya keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati di negara kita."

Merujuk kepada Anwaruddin, Najib berkata:

"Beliau dan saya berkongsi kesukaan kepada aktiviti sukan 'mountain biking' dan beliau bertanya bagaimana saya mengekalkan gaya hidup sihat. Saya beritahu beliau yang saya mengamalkan rejim kesihatan malah masih melakukan senaman apabila dalam perjalanan termasuk ketika dalam penerbangan!

"Adalah suatu yang menggembirakan apabila mendengar betapa pentingnya sukan dalam hidup beliau. Saya berharap keghairahannya itu dikongsi oleh ramai lagi pelajar lain."

Perdana Menteri berkata "sarapan di luar talian itu" secara keseluruhannya satu pertemuan yang menyenangkan dan beliau berharap dapat terus berhubung dengan rakan media sosial beliau sama ada dalam talian mahupun di luar talian.

"Saat itu suatu yang signifikan bagi saya kerana saya baru menerima 'hit' 'likes' yang ke sejuta pada laman Facebook dua hari sebelumnya," kata beliau.

Najib berkata sebagai seorang yang menilai media sosial suatu kaedah yang amat penting untuk berhubung dengan rakyat, beliau bersyukur dengan sokongan dan maklum balas yang berterusan serta mengalu-alukan idea untuk inisiatif masa hadapan untuk dipaparkan sama ada menerusi komen pada blog atau Twitter atau Facebook.

Terdahulu, pada Rabu, Najib menghantar mesej menerusi Twitter, mengucapkan "Selamat Hari Guru" sambil mengharapkan golongan itu terus tekun dalam mempromosikan pendidikan di negara ini.

(Selamat menyambut Hari Guru 2012 kepada semua guru di Malaysia. Semoga terus berusaha dengan gigih dalam memperjuangkan pendidikan negara.) - BERNAMA


GR kata: Inilah contoh pemimpin yang dekat dengan hati rakyat...

No comments:

Artikel pelbagai