Showing posts with label Ulangtahun #UMNO66. Show all posts
Showing posts with label Ulangtahun #UMNO66. Show all posts

Monday, May 14, 2012

PANAS: AWEKS CUN TUNJUK PUSAT, SALAH UMNO?? #UMNO66 #PRtipu


Lihatlah gambar di atas, 2 gambar yang berbeza. Oleh kerana pemimpin Pakatan Haprak panas bontot mereka telah mengarahkan pencacai mereka membuat sesuatu untuk memberi persepsi yang buruk pada masyarakat pada sambutan Ulangtahun UMNO ke 66 pada hari Jumaat lepas. Ini gambar aweks-aweks di UMNO 66 tahun ker?? Lihat di bawah :


Oleh disebabkan gambar inilah, puak-puak Pakatan Haprak mula meroyan dan pening kepala dengan semangat perjuangan yang tinggi ditunjukkan oleh lebih 120,000 ahli dan penyokong UMNO yang hadir menyambut Hari Ulangtahun UMNO ke 66. Jika kita lihat gambar aweks-aweks di atas, sudah terang-terang gambar tersebut sudah dimainkan di media maya, betul tak?? Itukan gambar aweks-aweks penyokong bola sepak Kelantan yang datang ke stadium menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.

Inilah hasil KEBODOHAN puak-puak Pakatan Haprak, mereka rasa gambar yang mereka superimpose ini rakyat boleh percaya sewenang-wenangnya. Ternyata mereka GAGAL dan hanya mempunyai agenda tersendiri dan peribadi demi meraih undi simpati rakyat. Fikir-fikirkan....


GR kata: Ulangtahun UMNO 66 ada LIVE kat tv..kat tv boleh superimpose ker??He he

Sunday, May 13, 2012

PANAS: PUAK PAS SAMBUT ULANGTAHUN #UMNO66? @TengkuAdnanReal


Apakah gambar di atas menceritakan segala-galanya?? Apakah benar pakcik-pakcik ini sudah meluat dengan PAS?? Semua rakyat Malaysia tahu PAS hanya menggunakan Islam sebagai meraih simpati undi rakyat. Islam adalah agama yang suci kenapa mesti mengeluarkan fatwa-fatwa yang tidak berlandaskan Islam langsung...Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....

Nak tahu apa pakcik-pakcik ni kata?? Jom lihat video di bawah:





GR kata: Inilah rakyat Malaysia yang faham erti kemerdekaan yang sebenar dan tahu mana yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

PERGHH!! 20,000 GEGAR #BNYoutJobFair2012! #UMNO66 @Khairykj


Hampir 20,000 pengunjung mengunjungi karnival BN Youth Job Fair sempena ulang tahun UMNO ke-66 di perkarangan stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula semalam.

Pelbagai syarikat menawarkan pekerjaan termasuklah syarikat-syarikat besar seperti Boustead, Petronas, Samsung, Johor Corp, Teraju, MRCB termasuklah agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat dan sebagainya.


Paling menarik karnival tersebut turut menyediakan kemudahan kepada mereka yang hadir untuk membuat analisa terhadap keupayaan dan bidang sebenar mereka dalam sektor pekerjaan di negara ini  menerusi radar asia yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pengerusi BN Youth Job Fair, Nazir Hussein Akhtar Hussein berkata 40 syarikat terlibat menjayakan pesta kerjaya berkenaan yang menyediakan pelabagai peluang  dalam pelbagai sektor termasuklah dalam sektor pertanian.


Menurut beliau pesta kerjaya kali ini cukup berlainan berbanding sebelum ini yang mana ianya diadakan sempena ulang tahun UMNO ke-66 dan mempunyai beberapa kelainan lain.

“Oleh kerana kawasan yang terhad, ruang kita pun terhad kepada beberapa syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka yang hadir sepanjang tiga hari dua malam karnival ulangtahun UMNO ke-66 ini.

“Cuma apa yang kita harapkan orang ramai terus-menerus datang ke karnival ini yang bukan sahaja terdapatnya karnival pekerjaan, malah pelbagai program lain  yang saya nampak cukup menarik ,” katanya.


Sementara itu, seorang pelajar daripada Hulu Langat Nurhazirah Rusli, 22  yang mengikuti pengajian jurusan kewangan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) melihat karnival berkenaan cukup baik yang memberi banyak peluang kepada para pelajar untuk mencari bidang pekerjaan yang sesuai dengan jurusan mereka.

“Saya amat menyokong penuh program seperti ini kerana ianya membuka ruang dan peluang kepada pelajar seperti saya untuk mencari kesesuaian bidang pekerjaan yang sesuai dengan jurusan yang diambil.

“Kadangkala kita pun tidak tahu skop apa yang diperlukan dan bidang mana yang ada keperluan serta apa kelebihan kita untuk menceburi bidang-bidang pekerjaan tertentu terutama dalam persaingan hari ini.

“Jadi amat bertepatanlah program ini diadakan dan mahasiwa serta para graduan seharusnya mengambil peluang ini untuk  mendapatkan pekerjaan yang sesuai khususnya bertepatan dengan bidang pengajian,” katanya.

Sementara itu seorang graduan ketika ditemui pada karnival berkenaan, Ahmad Zairi Azhar turut menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Pemuda BN itu kerana membuka peluang kepada graduan menganggur untuk mencari pekerajaan. Beliau yang baru menamatkan pengajian pada tahun ini daripada UiTM Sekudai seterusnya menambah karnival seumpama itu perlu diperbanyakkan kerana banyak peluang yang disediakan oleh syarikat yang terlibat.

“Kalau boleh setahun ada empat atau tiga kali pun ok……Ianya memberi banyak faedah kepada golongan seperti saya untuk mencari pekerjaan. Saya sangggup datang daripada Seremban semata-mata untuk merebut peluang yang disediakan oleh syarikat yang terlibat. Harap-harap impian dan permohonan saya hari ini mencapai kejayaan dan terima kasih kepada mereka yang terlibat menjayakan program kerjaya ini,” katanya. - UMNO-online


GR kata: Tahniah Pemuda BN, berjaya memberi ruang kepada masyarakat mencari peluang pekerjaan.

Saturday, May 12, 2012

VIDEO PANAS: HURU HARA DI BKT JALIL?? #UMNO66 @TengkuAdnanReal

Semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh ahli-ahli dan penyokong UMNO semalam. Inilah yang perlu dicontohi oleh semua rakyat Malaysia. Bukan demontrasi yang kita mahukan tapi keamanan. Berhimpun secara aman di stadium semalam ternyata tidak ada membawa sebarang masalah dan huru hara.

Lihat video di video di bawah suasana sekitar sambutan Ulangtahun UMNO ke 66:





GR kata: Semua riang gembira jer kat stadium semalam...semangat tinggi depa ni semua!!Caiyokkk..

7 SEBAB RAKYAT PERLU TAHU! @NajibRazak #UMNO66


Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

"Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan.

"Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

"Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini,".

 
Selain itu Najib yang juga Presiden UMNO berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 120,000 ahli dan penyokong UMNO.


GR kata: Rakyat Malaysia fikirlah secara matang jangan ikut nafsu....

FOTO: SUASANA AMAN & CERIA DI #UMNO66, TAKDER HURU-HARA PUN!! @TengkuAdnanReal





Lihatlah gambar di atas, GR sertakan sedikit suasana sekitar Sambutan Ulangtahun UMNO ke 66. Kesemua ahli dan penyokong UMNO yang hadir menunjukkan semangat dan sikap yang baik dalam perhimpunan ini.

Ini terbukti apa yang cuba ditunjukkan oleh puak Pakatan Haprak kononnya rakyat Malaysia benci pada UMNO, tapi apa yang kita semua lihat malam ini sokongan yang padu diberikan oleh penyokong UMNO sendiri dan juga rakyat Malaysia.


GR kata: Berhimpun dalam stadium pun gempak apa!! Tak payah nak demo dijalanan la sangat!! Takder faedah langsung...

Artikel pelbagai