Pembaca lihatlah video di atas, di manakah contoh seorang Islam apatah lagi mengimamkan solat hajat yang dilakukan malam tadi di Kelantan. Berdoa terpekik terlolong itukah caranya jika kita ingin memohon sesuatu pada Allah S.W.T.
GR nak tanyalah pada puak-puak PAS ni...dalam Islam ada ker Rasulullah S.A.W ajar kita memohon doa pada Allah S.W.T dengan cara begini? GR cabar tunjukkan hadith sahih yer.
Pembaca bacalah di bawah keluhan puak-puak PAS yang berada dalam solat hajat malam tadi :
Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan
Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat
Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm
Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...
"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"
GR kata: Baik doakan kehancuran Israel di Gaza itu sudah terang-terang musuh Islam yang hakiki dan dilaknat Allah S.W.T
1 comment:
Mungkin otaknya dah mula sewel kerana di pengaruhi kebencian yang melampau. Setakat manalah zalimnya BN dan UMNO hingga dido'akan sebegitu sekali. Apakah kenikmatan hidup dan kebebasan bersuara yang melampau yang mereka amalkan sehingga sekarang ini menunjukkan kerajaan BN dan UMNO zalim. Jika benarlah BN dan UMNO zalim dah lama mereka ini kena tahan atau di bunuh atau disekat kebebasab mereka. Meluat sungguh mendengar do'a ini. Alangkah baiknya jika do'a sedemikian ditujukan kepada Yahudi/Israel yang memang terang dan nyata menzalimi orang Islam di palastine (Gaza). Do'a menjerit-jerit macam orang tunjuk perasaan. Jika di Palastine, tengah menjerit itulahlah bom Israel meletup. Apakah polis atau pihak berkuasa (BN/UMNO) menyuraikan mereka?.
Post a Comment