Sunday, November 11, 2012

@n_izzah DAN BAPAKNYA AKAN HILANG PUNCA DAN MENGAKU KESALAHAN SENDIRI!!


KUALA LUMPUR 9 Nov. - "Saya hendak beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan Malaysia."

Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.

Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah.

Menurut Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, akhbar Utusan Malaysia hanya menyiarkan semula artikel laporan portal propembangkang Malaysiakini dan jawapan yang diberikan Nurul Izzah itu bermaksud mewajarkan orang Melayu diberi hak kebebasan beragama.

"Hadirin semua faham maksud jawapan itu dan diberikan tepukan gemuruh kepada Nurul Izzah, kenyataan itu tidak boleh disangkal lagi, sepatutnya Nurul Izzah memohon maaf di atas kenyataannya tetapi dia memilih untuk melawan khususnya Utusan Malaysia.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa peguam-peguam kanan dan mereka bersedia membela Utusan Malaysia dalam isu ini bagi membela agama dan akidah Islam Melayu," katanya yang akan turut mewakili Utusan Malaysia dalam kes itu tanpa mengambil bayaran sesen pun.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Forum Kebebasan Bertukar Agama dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Nurul Izzah dalam kenyataannya seperti dipetik dari portal berita itu berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama.. mengapa sesetengah pihak berasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata,".

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab bagi menjawab pertanyaan peserta iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, dekat sini Sabtu lalu.

Sementara itu, ketika berucap sebagai menjadi ahli forum berkenaan, Zulkifli mendedahkan bahawa beberapa pihak termasuk Nurul Izzah sedang mengumpulkan dana dan barisan peguam untuk meranapkan Utusan Malaysia kerana akhbar tersebut merupakan satu-satunya suara media yang mempertahankan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya ucapkan tahniah kepada Utusan, satu media yang berani mendedahkan isu ini, sumbangan Utusan ini bukan melariskan jualan suratkhabar, dia kena maki hamun, dia kena caci tetapi Utusan tetap berdiri mempertahankan agama Islam dan bangsa.

"Saya hendak beritahu Nurul Izzah dan kumpulannya, bila kamu berperang dengan Utusan, kamu akan berperang dengan kami," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada para hadirin. - Utusan


GR kata: Pakatan hanya mahu lihat negara hancur dan suka poket mereka penuh....

No comments:

Artikel pelbagai