Wednesday, April 10, 2013

TASHA SHILA BERSAYANG-SAYANG DENGAN PLAYER SELANGOR?


Peminat bola sepak tempatan pastinya mengenali pemain pasukan Selangor, Mahali Jasuli yang kini semakin menunjukkan taring acapkali beraksi dalam pasukan kebangsaan.

Nama Mahali juga terus disebut tatkala dia muncul dalam program MeleTop di Astro Ria, baru-baru ini dengan menyatakan hasrat bakal memilih Tasha Shilla sebagai isteri seandainya diberikan pilihan wanita di kalangan artis tempatan.

Pemilihan Mahali untuk menyunting pelakon cantik itu sebagai isteri, nampaknya tidak bertepuk sebelah tangan.

Ini kerana Tasha Shilla sudah mula berani mendedahkan hubungannya dengan Mahali dengan sering menghantarkan mesej menerusi laman Twitter dengan menggelarkan Mahali dengan nama Sayang.

Menjawab persoalan ini, Mahali sebolehnya tidak mahu perkara berkaitan dirinya dan Tasha menjadi kecoh.

Bagaimanapun, Mahali yang peramah orangnya itu tidak menolak bahawa dia sedang berkawan dengan pelakon cantik.

"Saya dengan Tasha masih berkawan. Belum sampai ke tahap bercinta atau lebih serius. Terus-terang, saya sudah kenal dia sejak November tahun lalu. Hubungan kami lebih kurang lima bulan.

"Sebelum ini, saya pernah mengatakan kepada media bahawa saya amat meminati Tasha.

"Selepas itu, peminat Tasha telah mencari saya dan menjemput saya menghadiri jamuan hari lahirnya.

"Dari situlah kami mula berkenalan dan berkawan. Kiranya kami berkenalan apabila peminat Shila yang kenalkan kami," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengenai panggilan Sayang yang diberikan Tasha terhadap dirinya, Mahali merasakan panggilan tersebut tidak salah diberikan kepada seorang kawan.

"Sekarang ini, kami jarang berjumpa kerana masing-masing sangat sibuk. Namun, kami sering bertanya khabar dengan menghantar mesej.

"Semasa diwawancara dalam program MeleTop, saya sudah pun berkawan dengan Tasha.

"Rasanya tidak salah kalau Tasha panggil saya dengan panggilan Sayang walaupun hubungan kami hanya sebagai kawan," ujarnya.

Apa sekalipun, Mahali memohon kerjasama dari semua pihak supaya tidak melebih-lebihkan perhubungan mereka.

Permintaan ini dibuat berdasarkan komitmen kerjayanya yang memaksa diri beliau lebih fokus terhadap sukan bola sepak tempatan.


GR kata: Player bola sekarang pun dah macam artis...glamor tu!!

No comments:

Artikel pelbagai