Saturday, April 13, 2013

SAYA LAH INDIVIDU DALAM VIDEO TERSEBUT, SAYA NAK LETAK JAWATAN - MUSTAFA ALI #GE13


Berita tergempar GR terima, Setiausaha Agung PAS umumkan perletakan jawatan beliau dan mengaku akan kesalahan beliau buat selama ini. Adakah ini benar terjadi dalam pakatan haprak atau ianya hanya sandiwara politik mereka untuk meraih simpati undi rakyat pada 5 Mei 2013 ini?

Pada rakyat Malaysia usah terpedaya dengan lakonan politik mereka. Kita semua sedia maklum, mereka hanya berselindung dengan nama Pakatan, hakikat sebenarnya mereka tidak boleh berpakat dalam apa jua sekali pun.

PAS tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana takut akan kehilangan kerusi yang mereka pegang selama ini dan mahukan kerusi untuk bertanding PRU13 ini. Jika benar STOPA telah insaf, baguslah...kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta.

Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.

"Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya".

Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

GR kata: Jangan insaf ni wayang kulit dah la yer..Pok Nik kan boleh ampunkan dosa. PAS dah sesat!!

No comments:

Artikel pelbagai