Wednesday, April 10, 2013
BERSIH 4.0 GAGAL, AMBIGA LARI HILANG ENTAH KE MANA!
Mungkin ramai yang tidak perasan, di sebalik kejayaan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, nama Ambiga semakin tenggelam dalam percaturan calon PRU ke 13 akan datang ini. Bayangkan, seorang yang mampu bawa rakyat ke jalanan, diketepikan dari senarai pencalonan, kerana dia bukan di dalam hierarki politik.
Janji Anwar sewaktu Bersih 2.0, Ambiga akan ditampilkan sebagai calon ‘URBAN dan WAJIB MENANG’ PKR pada kali ini. DAP juga ada keinginan nak bawa Ambiga bertanding menggunakan tiket DAP.
Nampaknya, sampai sekarang, Ambiga masih diketepikan. Ini yang buat Jawatankuasa Bersih naik angin. Suka-suka mengenepikan orang.
Soalnya, apakah BERSIH 4.0 boleh mendatangkan dividen politik pada ketika ini? Apakah implikasinya?
Setakat ini, BERSIH 4.0 yang dijadualkan malam ini tidak mendapat sambutan langsung. Modal yang biasanya masuk daripada PKR pun tak masuk kali ini. Dana antarabangsa pun tak masuk.
Nampak sangat kegagalan BERSIH 4.0 kerana kegagalan Ambiga SECURE dana yang diperlukan. Nak belanja RM5 juta sebelum PRU adalah sesuatu yang perlukan kelulusan jawatankuasa tertinggi parti. - GA
GR kata: Good bye Ambiga....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment