Sunday, April 7, 2013
HOT: NURUL IZZAH KANTOI 'MABUK' CAKAP MEREPEK! ANWAR MENGAMUK SAKAN!
Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.
"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.
"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.
"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pastinya tahu mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.
Kenyataan Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan, Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.
Katanya, Wan Azizah akan menjelajah ke seluruh negara untuk memancing undi kaum wanita.
Dalam pada itu, Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.
"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.
"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.
Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.
Mengenai pembahagian kerusi PKR dan Pas di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.
Sementara itu di BUKIT MERTAJAM, Anwar malam ini menamatkan teka teki mengenai kononnya beliau akan berpindah kawasan parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13.
Dalam ceramah di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan tersebut.
Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana, tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.
"Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini.
"Kerana terhutang budi dan jasa penduduk di sini, saya dengan ini mengumumkan untuk mempertahankan kerusi parlimen ini," katanya. — BERNAMA
GR kata: Macam ni pun tak boleh buat keputusan cam ner nak tadbir negara??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Suatu hari di sebuah parlimen di Negara yang di perentah oleh Pakatan Rosak ...
Kalifah Lim : Tuan yang dipertua ... saya ingin bentangkan satu usul ... iaitu kalimah Allah buleh digunakan oleh semua agama ...
Kapal Sink : Saya sokong usul ini yang dipertua ... saya rasa 2/3 ahli dewan yang mulia ini pun bersetuju di atas usul ini ....
Nwar Berahi : Saya amat bersetuju dengan usul ini ... ini adalah usul yang amat baik kerana melalui usul ini semua orang adalah sama rata sahaja ... tidak kira Islam mahupun bukan Islam ... sebagai orang yang bukan Islam ... mereka tentu merasa selesa menggunakan kalimah Allah yang amat rapat dengan umat Islam ... dan ini tentu mendekatkan mereka dengan orang Islam ... dan ini membantu membentuk perpaduan Negara ...
Haji Adi : (tergagap-gagap) Er ... Yang dipertua saya tidak setuju di atas usul ini ...
Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... mengapa pulak tuan berkata demikian ... tidakkah di dalam perjanjian sebelum pru yang kita menang dengan jayanya ... tuan dah bersetuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut agama lain ... dan sebagai buktinya ... ini adalah dokumen persetujuan yang tuan tandatangan menyatakan persetujuan tersebut dan saksi bagi perjanjian yang tuan tandatangani itu pun ada dalam dewan yang mulia ini ... kalifah lim ... kapal sink ...
Kalifah lim dan kapal sink (serentak) : benar yang dipertua .. betul tu Haji Adi ...
Haji Adi : Er tapi yang dipertua. Pimpinan pas yang lain tidak bersetuju ...
Nwar Berahi : Tuan Haji Adi ... tidakkah tuan dah bersetuju dalam hal ini dan tuan pun mengaku bahawa tuan akan memperjelaskan kepada pimpinan pas dan ahli pas bahawa kebaikan yang agama Islam dapat dari penggunanaan kalimah Allah oleh agama lain ... ini adalah satu konsep dakwah yang secara halus untuk mendekatkan seluruh umat manusia kepada Islam ... besar manfaatnya itu Tuan Haji ... banyak pahala yang tuan akan dapat nanti ...
Haji Adi : Er .... Er ..... Er ...
Geng Ulamak : Yang dipertua kami bantah .....
Geng Parasit : Yang Dipertua kami bersetuju agar usul ini diluluskan .... Tuan-tuan ulamak ... seperti dijelaskan oleh perdana menteri kita yang bijak seperti kata Tuan Guru Nik Aziz ... saya amat setuju dan tidak nampak apa salahnya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam ... kata Tuan Guru Nik Aziz juga ... bahkan Iblis pun gunakan kalimah Allah ... jadi apa salahnya kita manusia yang lebih mulia dari Iblis ini menggunakan kalimah Allah ... ini adalah salah satu dakwah juga ... tuan yang dipertua ... kita teruskan usul ini dengan mengundi ... bagi yang menentang mereka boleh undi tidak menyokong ... tiada masalahnya.
Undian pun dijalankan ... akhirnya majoriti setuju agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain ....
Perlembagaan pun dipinda .... undang-undang pun dipinda ....
Tidak lama kemudian ... pada gereja tertera perkataan Allah ... pada kuil terpampang kalimah Allah .... tokong tergantung kalimah Allah .... Gudwara tertulis kalimah Allah .... dan lain-lain rumah ibadat pun tercatat kalimah Allah ... semuanya dalam tulisan jawi ...
Suatu hari di sebuah tempat ceramah .... haji Adi berceramah jugak ... isunya kalimah Allah juga .... katanya .... “semua yang terjadi di dalam isu ini salah KDN ... kerana er ... er .... er ... sebenarnya salah umno kerana bersubahat ... er ... er ... er ... sebenarnya kerana umno tidak bersungguh-sungguh menentang usul itu ... kami geng ulamak dah menentang usul itu ...
Hahaha... Trbaik bro!!
Pencacai-pencacai PAS pun menghantuk-hantukkan kepalanya keseluruh dinding rumah sebab terlalu menyesal turun temurun kerana KETAKSUBANNYA pada Nik Aziz dan Hadi Awang yang sering keluar Fatwa Songsang bila tiba musim Pilihanraya.
Itulah KEBODOHAN ketara pencacai-pencacai Parti Ajaran Sesat.
Setelah isu kalimah Allah telah diuruskan dgn jayanya oleh PR....lalu berlalu lah satu episod pahit bagi PM Nwar..kerana kapal sink telah membuat rayuan kepada mahkamah utk menyemak kembalimkes nwar yg bayk.... Jadi... Dgn persetuan kapal sink dan kalifah lim melalui pakatan sulit mereka telah menyebabkan PM Nwar telah didapati BERSALAH atas pertuduhan yg dikaitkan... Maka...MAHKAMAH menjatuhkan hukuman keatas PM Nwar itu......terpenjaralah PM Nwar.......dan dengan itu terus terlucutlah jawatan PM itu dr nya....JADI PERSOALAN NYA...Siapakah Bakal pengantinya? Adakah hadi?...atau lim kid siang mlm?
hati-hati memilih kerajaan..saya pernah dengar pendapat (di radio) yang mengatakan "BN perlu terima hakikat jika kalah, kerana tiada parti politik yang mahu rakyat hidup susah...BN dah lama sangat, beri peluang orang lain merasa sebagai kerajaan.. "pandangan ini boleh diterima, namun perlu diingat..kalau tiada kesepaduan dalam memilih kerajaan, 5 negeri PR dan yang lain BN, maka berlakunya ketidakstabilan politik di negara. kerajaan jadi lemah dan banyaknya huru-hara. mampukah PR sapu bersih semua kerusi?itu persoalannya..sekadar pandangan.
janganlah padam nama org yang buat gambar tu, bagilah kredit kpd dia.
Post a Comment