Thursday, April 11, 2013

GEMPAR: ANWAR JUMPA PM NAJIB RAZAK SECARA SULIT MINTA NYAWA?? #GE13


Pilihanraya Umum 2013 semakin hampir, disaat ini juga rakyat Malaysia mahu lihat siapakah calon pemimpin yang mereka akan angkat berikan mandat untuk berkhidmat untuk mereka dan negara.

Dalam urusan pemilihan calon kali ini membawa impak yang besar dalam sejarah politik negara. PM Najib Razak telah buat yang terbaik demi mendengar suara rakyat yang mahukan Transformasi yang berjaya.

Pemilihan calon dalam Pakatan Haprak masih tak jumpa jalan penyelesaiannya. Perebutan kuasa masih menjadi-jadi. Siapa yang pandai bodek Bang Non dan kem pada Azmin Ali dialah yang akan dipilih sebagai calon. Soal dapat kepercayaan itu nombor dua, yang penting menang.

Anwar pula sekarang makin pening kepala, calon yang dipertandingkan ramai yang membantah. Itu baru dalam pakatan haprak belum rakyat Malaysia yang tentukan lagi. Sumber dalam PKR Pusat beritahu GR, mereka dah bosan dengan percaturan Anwar yang lebihkan pada Azmin Ali. Diaorang dah bosan nak buat kerja untuk Anwar yang lebihkan kuasa dari kehendak rakyat.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya bertindak keluar daripada parti itu.

Tindakan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak, Abu Bakar Ninggal dan ahli jawatankuasanya, Mazlan Abdul Rashid.

Serentak itu, mereka juga menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gombak, Rahim Kamaruddin, Penyelaras Barisan Nasional Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad serta gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).

Dalam pada itu, Noh berkata, siri pengisytiharan keluar parti oleh pemimpin PKR sama ada mereka yang terbabit sebagai pengasas atau ahli di peringkat akar-umbi harus membuka mata rakyat bahawa parti pembangkang tidak layak dipilih mentadbir Selangor apatah lagi negara.

Menjadikan kes penindasan terhadap Majlis Amanah Mara (Mara) sebagai contoh, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan PKR Selangor mentadbir secara zalim kerana bertindak meraih keuntungan atas kesusahan rakyat.

"Apabila sekolah Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu terbakar dan pelajar mereka diletakkan sementara di bangunan milik kerajaan negeri, kerajaan Selangor mengenakan sewa sehingga RM723,000 untuk tempoh tiga bulan. Anak-anak yang belajar di MRSM ini siapa?

"Apa salahnya kita bagi percuma kepada pelajar-pelajar ini menumpang tidur, mandi dan belajar, tetapi kerajaan PKR Selangor melihat nilai kemanusiaan itu dari sudut keuntungan kerana negeri ini ditadbir seperti sebuah syarikat," katanya.


GR kata: Last minit Bang Non akan BELI calon BN untuk sabotaj parti...jaga-jaga!!

1 comment:

Anonymous said...

CERITA MENDE PULOK DAH NI... LAMA DAH ORG NAK DENGAR DEBAT DUA ORANG NI.. ALEH2 KO CERITA MINTA NYAWA.. BELI CALON.. MALAS LAH NAK LAYAN BLOG KAU NI.. PATUT LA TAK ADA ORG KOMEN.. TAK BIJAK.. RUGI MASA JE..

Artikel pelbagai