Monday, January 9, 2012

UPDATE 901 TERKINI: MAHKAMAH PUTUSKAN HJ ANWAR TIDAK BERSALAH!!?


DS Anwar Ibrahim dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas kes liwat.

Hakim kata bukti tak 100 % tunjuk liwat berlaku dan tak selamat keputusan dibuat berdasarkan DNA yg tak jelas.

Pembaca fikirkanlah adakah sistem Kehakiman Negara masih tidak telus?? Fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Rakyat mengatakan pihak Polis dan Hakim "dibeli" oleh BN nyata meleset.

Apa pun sistem kehakiman negara kita tetap telus daripada cengkaman dari pihak kerajaan seperti yang dituduh oleh Pakatan Rakyat.


Hakim Mohamad Zabidin memutuskan Anwar tidak bersalah dalam pertuduhan kes Liwat II membabitkan beliau bersama mangsa Saiful Bukhari.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik."

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

No comments:

Artikel pelbagai