Tuesday, January 10, 2012

KENYATAAN MEDIA: KDN TUBUH JAWATANKUASA KHAS TANGANI RASUAH!!




KENYATAAN MEDIA



Y.BHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI


KDN TUBUH JAWATANKUASA TINDAKAN KHAS UNTUK BENDUNG RASUAH


6 JANUARI 2012 (JUMAAT)

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas untuk membendung gejala rasuah membabitkan pegawai serta anggota penguatkuasaan termasuk agensi di bawahnya yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand.

Jawatankuasa ini dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN dan dalam mesyuaratnya hari ini, beberapa persetujuan telah dicapai untuk tindakan susulan.

Ini antaranya ialah menghadkan jumlah wang saku kepada RM30 sahaja sepanjang tempoh bertugas dan melaksanakan pertukaran serta penempatan baru kepada anggota dan pegawai yang telah lama berkhidmat. Kedua-dua langkah ini bakal dilaksanakan serta merta berkuatkuasa hari ini.


Pada masa sama, perjumpaan berkala di peringkat negeri dan lapangan untuk mengenal pasti isu serta masalah akan diadakan secara lebih kerap manakala pegawai serta anggota pula akan didedahkan dengan lebih banyak kursus, latihan serta bengkel berkaitan integriti dalam menjalankan tugas penguatkuasaan.


Selain itu, mesyuarat juga memutuskan supaya penentuan penempatan pegawai penguatkuasa semua agensi kini dipusatkan di bawah KDN yang akan bertanggungjawab melakukan saringan keselamatan serta kesesuaian terhadap aggota sebelum ditugaskan di lokasi yang berkenaan.

No comments:

Artikel pelbagai