Saturday, January 14, 2012
PANAZZZ: ARTIS MALAYSIA KAHWIN SENYAP-SENYAP..???
Barangkali ada yang sedia tahu mereka bercinta. Ada yang tidak. Apa pun dalam pada kita masih lagi berteka-teki dan menanti bilakah mereka akan menukar status daripada pasangan kekasih menjadi pasangan suami isteri, tau-tau pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dan Zulkifli Daud (Joey), 38, sebenarnya sudah pun berumah tangga dalam diam (senyap-senyap).
Menurut kenyataan di portal mStar, mereka telah diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas pada Disember lalu, dan hanya dihadiri keluarga terdekat masing-masing sahaja.
Terus tetap mengunci mulut, Watie bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan tentang hal tersebut. Dia berkata, kemungkinan dalam masa terdekat ini mereka akan mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan perkara tersebut.
Watie turut memberitahu, kalau boleh biarlah keadaan 'panas' yang pernah di lalui Joey tahun lalu, reda sepenuhnya sebelum kisah mengenai hubungan mereka dijelaskan kepada umum. Lagipun sebelum membuat apa-apa kenyataan, dia perlu memaklumkan kepada Joey dahulu. Faham-faham sajalah, sekarang ni dah 'berdua'
Sebelum ini masing-masing pernah berumah tangga. Joey, yang juga merupakan vokalis kumpulan Exists mempunyai seorang anak perempuan, Zidani, 5, hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Noraini Mohamad Nasir. Mereka telah bercerai pada 8 Ogos tahun lalu.
Sementara Watie yang telah mempunyai seorang anak, Ahmad Afif Danial, 5, hasil perkahwinan terdahulu.
Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.
Baca juga di sini
GR kata: Itulah dia artis....ape saja mereka buat akan menjadi tontonan umum. Sooo..jaga-jaga. Hi hi hi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment