Saturday, January 14, 2012

INI BUKAN COBAAN INI BETUL2: REWARD RM10K KPD PEMBERI MAKLUMAT!!!


TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan ‘Improvised Explosive Devices (IEDs)’ yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya B. Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.



Berdasarkan maklumat PDRM, jam loceng di atas digunakan dalam kes Jerangkap Rekaan Elektrik (Warna Merah). Menurut PDRM lagi, jam loceng ini adalah murah dan mudah diperolehi di mana-mana kedai terutama di sekitar Kuala Lumpur. Keistimewaan jam loceng ini adalah mempunyai angka-angka yang berwarna-warni. Pihak PDRM di dalam kenyataan media mereka mengesa orang ramai yang telah atau pernah menjual jam berkenaan berwarna merah sebanyak tiga (3) atau lebih supaya tampil memberikan maklumat.

Oleh itu, beberapa rakan blogger GR dengan rela hati ingin menyumbang sedikit dari jumlah tawaran yang diberikan oleh pihak PDRM. Blogger KhazahMPM sedia menyumbang RM50, Blogger Cucu Tok Selampit sedia menyumbang RM200, Blogger Double Y sedia menyumbang RM100, Blogger Bro Jinggo menyumbang RM100 dan GR sendiri turut menyumbang RM100.

Dengan ini jumlah tawaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat tepat sehingga tertangkapnya pengebom di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta pada 9 Jan 2012 dinaikkan kepada RM 10,550.00

GR kata: Kepada yang dapat tawaran tu nanti boleh claim pada GR dengan cara hantar komen di blog GR atau pun email ke gossiprakyat@gmail.com

No comments:

Artikel pelbagai