Monday, January 9, 2012

BONGKAR: 10 SEBAB KENAPA HASSAN ALI DIPECAT?? SIAPA PUNYA ANGKARA??


Mana mau lari lagi haaa wahai Ostad-ostad PAS...10 sebab pemecatan Dr. Hassan Ali telah dikenalpasti. Ternyata PAS sudah lari dari matlamat sebenar perjuangan mereka. Mereka sekarang hanya menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR. Lebih kurang tukang bawak barang jerr... He he he

Sebab utama Dr. Hassan Ali dipecat?? Pembaca baca di bawah:

1. Bertindak tegas terhadap penjualan arak di Selangor, walaupun terpaksa menyinggung hati DAP.Tindakan Hasan Ali ditentang keras oleh DAP Selangor.

2. Mengkritik secara jujur bahawa PAS perlu kembali kepada penjuangan asal untuk menegakkan negara Islam dan bukan negara Berkebajikan.

3. Mengkritikan dan tidak menyokong terhadap tindakan berhimpun untuk "selamatkan Anwar Ibrahim" Menurut Hasan itu merupakan agenda peribadi dan bukan agenda nasional atau kepentingan rakyat.

4. Sangat tegas dalam soal akidah.Sehingga tindakannya berjaya membongkar agenda jahat pihak Kristian untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.Hal ini tidak disenangi ramai pihak, terutamanya DAP.

5. Menggerakkan projek HIMPUN yang cuba menyedarkan rakyat akan agenda jahat pihak tertentu dalam memurtadkan umat Islam di negara ini. HIMPUN tidak mendapat restu DAP dan kepimpinan PAS tidak menyokong program tersebut.Hasan Ali menongkah arus.

6. Hasan Ali menyokong rancangan Kerajaan Perpaduan dan cuba merapatkan ukhwah sesama kaum muslimin antara PAS dengan UMNO - tetapi PKR tidak bersetuju.

7. Hasan Ali mahu PAS diterajui oleh golongan ulama dan bukan golongan sekular yang nampaknya semakin mendominasi kepimpinan parti dan cuba mengubah legasi asal perjuangan PAS demi secebis kuasa.Namun, hal ini tidak disenangi oleh golongan sekular di dalam PAS.

8. Secara amanah,Hasan Ali sudah menjelaskan bahawa prinsip perjuangan beliau adalah berteraskan kepada Islam, orang Melayu dan warisan kesultanan - nampaknya kejujuran Hassan Ali ini tidak menggembirakan sesetengah pemimpin utama PAS. Mereka merasakan, prinsip perjuangan beliau itu lebih mirip kepada perjuangan UMNO.

9. Hasan Ali dituduh dan difitnah secara jijik lagi kotor oleh musuh-musuhnya,kononnya beliau merupakan agen UMNO yang cuba membawa PAS dan UMNO ke meja rundingan demi survival orang Melayu.

10. Hasan Ali pernah berkata,ketaatan beliau hanyalah kepada Allah dan bukan kepada PAS.Justeru itu,jika PAS melakukan kesalahan,beliau berhak bersuara dan menegur. Beliau mahukan pahala daripada Allah dan bukan kuasa politik semata-mata. Kenyataan ini kurang diminati oleh para pemimpin PAS dan seolah-olah mahu menyatakan bahawa PAS ada melakukan kesilapan.

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.

Cerita lanjut baca di sini


GR kata: Pakatan Rakyat semua GILA KUASA!!!

No comments:

Artikel pelbagai