Wednesday, February 13, 2013

LIVE UPDATE: Personal Touch @MuhyiddinYassin Gaya Sempoi Dekat Dihati Rakyat





Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melakukan tinjauan di Taman Maluri di sini sempena Tahun Baharu Cina, dan beramah mesra dengan pelbagai lapisan masyarakat di pusat perdagangan di kawasan itu.

Muhyiddin, yang tiba pada pukul 5 petang disambut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani, selain orang ramai dan peniaga di sekitar kawasan itu.

Dalam tinjauan kira-kira sejam itu, Muhyiddin beramah mesra dengan golonganpeniaga dan orang ramai, menggaul "yee sang" serta mengagihkan buah limau kepadamereka.

Sementara itu, Johari ketika ditemui pemberita berkata sambutan mesra wargapelbagai kaum di sini memberikan keyakinan tinggi Barisan asional (BN) untuk menawan semula kerusi Parlimen Titiwangsa yang dimenangi PAS pada pilihan raya umum 2008.

"Ini kali pertama beliau datang ke sini selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, Alhamdulillah, sambutan baik di kawasan ini," katanya.

GR kata: Sentuhan hati bukan dengan asyik dengar ceramah jer....Hi hi hi

2 comments:

Fath said...

terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

Fath said...

terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/

Artikel pelbagai