Friday, February 15, 2013

LIVE: Program Turun Padang TPM @MuhyiddinYassin di TTDI, K.Lumpur

Baru sebentar tadi YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa Solat Jemaah bersama rakyat di Masjid Al Taqwa, TTDI.

Ini bukan kali pertama YAB TPM berbuat demikian tapi sudah saban kali turun padang bersama dengan rakyat.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, YB Dato' Raja Nong Chik dan barisan kepimpinan UMNO dan BN. Selepas selesai Solat Jumaat, TPM makan bersama rakyat.

Dalam ucapan YAB TPM menyentuh :

Orang Islam hari ini dalam keadaan keliru. Melalui zaman keliru kerana ada pihak-pihak tertentu memainkan isu agama bagi kepentingan selain agama.

Apabila satu kemungkaran berlaku, kita wajib tegur.

Umat Islam di Malaysia antara umat Islam yang termaju hari ini. Sudah berjaya dan usaha ini sedang kita nikmati.

Kita ikutlah jemaah yang besar. Di mana jemaah yang besar adalah jemaah yang menyokong kerajaan.


GR kata: Ikut sunnah Rasulullah S.A.W dan perintah Allah S.W.T pasti berjaya dunia dan akhirat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Artikel pelbagai