Friday, February 15, 2013

INI KALILAH! ANWAR MALU, SAMBUTAN RAKYAT SABAH PADA @NajibRazak BAIK PUNYAAA!!


Semalam lawatan kerja sehari YAB Perdana Menteri di Sabah mencatat sejarah yang baik menjelang PRU 13 nanti. Terbukti bukan saja di Semenanjung Malaysia malah di Sabah juga rakyat mahu kekalkan pucuk pimpinan yang sedia ada sekarang.

Tidak ada niat untuk tukar pada yang lain atau baru kerana belum tentu pucuk pimpinan Kerajaan baru itu boleh buat yang terbaik untuk rakyat kerana track record yang ditunjukkan oleh Pakatan Pembangkang sangat buruk.

Sebelum ini Anwar Ibrahim turun ke Papar dengan aktiviti biasa beliau ceramah menipu rakyat. Jumlah kehadiran yang hadir cuma 3,000 orang. PM turun ke Beaufort seramai 50 ribu rakyat yang hadir dan di Papar seramai 30 ribu yang hadir. Jalan sesak penuh dengan rakyat yang ingin bertemu dengan PM yang disayangi secara dekat.




Tahniah GR ucapkan pada rakyat Sabah yang sentiasa memberikan sokongan yang begitu tinggi pada PM Najib dan juga Kerajaan BN.

Sebanyak RM226 juta diperuntukkan kerajaan pusat bagi pembinaan loji air di kawasan itu dalam usaha memajukan daerah serta mengubah nasib penduduk setempat melalui program pembangunan Bandar Baharu Beaufort.

Tahniah juga kepada Ketua Menteri Sabah yang mentadbir negeri Sabah dengan begitu baik sekali. Suara rakyat sentiasa didengar dan diberikan bantuan secara terus.



Kepada Ahli Parlimen Papar, YB Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin GR tabik spring pada beliau. Semangat yang ditunjukkan oleh beliau berkhidmat untuk rakyat harus dijadikan contoh untuk golongan wanita muda. Baru 11 hari bersalin dan masih dalam berpantang sanggup turun padang demi untuk rakyat. Tahniah GR ucapkan pada beliau dan juga dengan kelahiran anak kedua beliau.

INI KALI LAH!! BN TATAP MANANG!!!


GR kata: Bang Non duduk diam-diam kat rumah dah la yer...Hi hi hi

No comments:

Artikel pelbagai