Thursday, February 14, 2013

AMBOIIIII NORA DANISH, LENTIKNYAAAA!!


Baru-baru ini syarikat perfileman terkenal, MIG, mengadakan sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina di pejabat mereka.

Ramailah pelakon MIG yang hadir.

Paling best mereka siap dapat ‘angpau’ daripada taukeh syarikat itu, siapa lagi kalau bukan David Teo.

Dalam ramai-ramai yang hadir, seperti biasa Nora Danish pasti menjadi tumpuan.

Kecantikan Nora memang terserlah, apatah lagi bila dia mengenakan pakaian warna merahnya pada hari itu.

‘Melentik’ habis tu tengok Nora Danish ni kan. Pada kaum lelaki jangan nak meleleh sangat lah yer tengok gambar Nora di bawah ni yer....




GR kata: Bang Non tak boleh tengok...bahaya tau!!! He he he

No comments:

Artikel pelbagai