Sunday, February 10, 2013
BAIK PUNYAAA! JASA HADI AWANG DIKENANG SAMPAI MATI?
Inilah antara hasil kejayaan yang terbesar pernah dikecapi oleh manusia yang bernama Hadi Awang sebagai pemimpin PAS. Memecahbelahkan umat Islam dengan menggunakan agama Islam sebagai senjata politik bagi menyesatkan sebahagian besar puak-puak PAS terutamanya yang taksub pada ajaran Hadi Awang.
Selepas Amanat Hadi Awang diucapkan pada 7 April 1981, berlakulah pelbagai tragedi yang memecah belahkan umat Islam di Malaysia. Bermula di Terengganu, sembahyang Tarawih dua imam dan solat Jumaat secara bergilir dalam satu masjid di Kampung Gong Pasir, Besut. Perkara ini berlarutan ke 28 Masjid yang berlainan di seluruh Malaysia sehingga November 1999.
Bukan itu sahaja...kesan Amanat Hadi Awang ini juga telah menyebabkan seorang anak sanggup DERHAKA pada ayahnya sendiri sehingga berlakunya kafir mengkafirkan di antara anak beranak kerana berlainan pendirian politik. Inilah realiti apa yang berlaku setelah amanat tersebut dikeluarkan. Umat Islam berpecah belah disebabkan fatwa dan penyelewengan akidah yang dilakukan oleh PAS.
Kesan daripada Amanat Hadi Awang juga, sehingga ke hari ini perebutan untuk menguasai masjid dan surau masih berlaku di seluruh Malaysia. Orang Islam semakin berpecah belah kerana membezakan agama Islam mengikut fahaman politik.
Sedangkan Allah S.W.T berfirman "Berpeganglah kamu dengan tali Allah (agama) dan janganlah kamu bercerai-berai".
Oleh itu umat Islam hari ini perlu sedar, siapakah sebenarnya angkara yang membawa umat Islam di Malaysia hari ini berpecah belah? Fikirkan dan renung-renungkan....
GR kata: Nik Aziz boleh bagi 'Syafaat' masuk Syurga agaknya dengan Amanat Hadi nie...Hancus!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
terbaek..lbh bayak pendedahan kejahatan PKR di blog saya .. jom tngk di http://kakiblogger.mygeng.org/
Post a Comment