Thursday, February 14, 2013

JANGAN KETEPIKAN GOLONGAN PEMANDU TEKSI #MyBeautifulMalaysia

Apalah nak jadi pada rakyat Malaysia sekarang ini??

Saya tertarik untuk menulis artikel ini kerana sudah merasa muak dan bosan dengan perkara-perkara yang berlaku di persekitaran hari ini. Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa sakit hati dengan segelintir sikap rakyat negara ini yang tidak mempunyai semangat kecintaan kepada negara Malaysia.

Di sini, saya tunjukkan satu contoh yang boleh dilihat dari laman Facebook :


Ini hal yang terjadi di alam maya kerana segelintir rakyat yang tidak mempunyai semangat cintakan keharmonian negara telah membuat provokasi di laman Facebook milik penyanyi terkenal di Korea, Psy. Si pemilik akaun ini memberikan gambar kepada Psy bahawa kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) seakan-akan kerajaan yang kotor dan zalim.

Secara tidak langsung ia memberi gambaran salah mengenai negara dan memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Namun kebimbangang provokasi rakyat Malaysia tidak terbatas di laman sosial saja namun ia turut menyeresapi ke dalam kelompok 'duta² kecil' negara. Siapa yang saya maksudkan sebagai 'duta² kecil' negara?

Sudah pastilah golongan front liner iaitu Pemandu Teksi Malaysia. Duta kecil negara ini berkerja sebagai Pemandu Teksi separuh Masa dan sepenuh masa. Mereka ini merupakan duta pelancongan Malaysia di dalam negara. Yakni membantu kerajaan menghubungkan pelancong asing dengan tempat² pelancongan menarik di seluruh Malaysia.


Saya tidak mahu menfokuskan kumpulan front liner yang lain kerana kumpulan tersebut tidak bersama dengan pelancong asing lebih daripada 5 minit. Namun tugas sebagai pemandu teksi yang mampu menyumbangkan sedikit faedah kepada ekonomi pelancongan negara amatlah dihargai.

Saya mempunyai pengalaman menaiki teksi di sekitar Lembah Klang, pelbagai karakter dan reaksi pemandu teksi saya temui.

Pengalaman 1

Saya sengaja memulakan bicara dengan bertanyakan keadaan ekonomi sebagai pemandu teksi, adakah ia mencukupi menampung keluarga ataupun tidak. Beliau menjawab, sekadar cukup makan. Namun apabila perbualan tersebut semakin rancak saya cuba trigger satu kenyataan berhubung Bantuan Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pemberian tayar teksi.

Beliau cuba mengelak dan memberitahu apa yang didapati daripada kerajaan hari ini adalah hak mereka. Kemudian secara tiba-tiba si Pemandu terus bertanyakan saya soalan berkenaan isteri Perdana Menteri memiliki cincin berjumlah RM24 juta.

Saya cuba berlakon seakan² tidak mengetahui akan hal tersebut. Si pemandu terus menerangkan kepada saya, cincin berjumlah RM24juta tersebut merupakan duit rakyat yang disalahguna oleh Datin Seri Rosmah Mansor dan dibawa dengan kurier di Airport KLIA telah diambil gambar oleh pihak Kastam dan hal ini didiamkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib yang dikatakan takut dengan Datin Seri.

Apabila saya bertanyakan daripada mana sumber yang didapati, si Pemandu tadi hanya memberitahu daripada Internet dan kawan²nya yang merupakan Pemandu Teksi pun berceritakan hal yang sama.


Pengalaman 2

Kisah 4 Februari 2013, saya menaiki teksi yang dipandu seorang lelaki Cina berumur pertengahan 30an. Sudah 5 tahun memandu teksi. Saya cuba membuka cerita betapa untungnya Pemandu Teksi boleh mendapat duit secara tunai dengan membawa penumpang di sekitar Lembah Klang.

Namun apabila saya trigger adakah beliau sudah mendapat surat untuk menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500, beliau menjawab sudah menerimanya kelmarin dan duit tu sudah disimpan. Saya cuba mengesahkan adakah beliau akan mengundi BN untuk PRU 13 akan datang, sebaliknya beliau terus emosi dengan mengatakan banyak pembaziran dilakukan kerajaan Malaysia hari ini.

Si pemandu tadi terus mempolitikkan isu kerajaan menghabiskan duit untuk banyak tujuan yang tak berguna seperti Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 2 Februari 2013 yang lepas dan beliau turut mengajukan pada saya kenapa mahu undi BN?

Saya menjawab banyak faedah yang diterima hasil keadaan ekonomi yang stabil di Malaysia ini. Terus beliau berhujah ekonomi stabil tetapi kenapa Teoh Beng Hock dibunuh sebegitu kejam. Si pemandu menyalahkan kerajaan BN hari ini suka membunuh orang² yang berisiko menjatuhkan kerajaan. Najib letupkan Altantuya.

Saya beritahu itu hanya spekulasi rakyat dan mahkamah sendiri mengesahkan tiada kena mengena dengan unsur sabotaj dan Najib tidak bersalah. Namun si pemandu terus berhujah dan berhujah sehingga mencarut² kepada kepimpinan Malaysia hari ini.

Itu antara pengalaman saya menaiki teksi di sekitar Lembah Klang, ada pelbagai lagi cerita yang sama dan berlainan dialami oleh sebilangan rakyat Malaysia. Cuma ada yang sanggup ceritakan dan ada yang tak nak ceritakan hal ini.

Soalnya sampai bila kerajaan terpaksa menanggung 'seksa' dimalukan oleh sebilangan rakyat yang berfikiran kolot ini? Mahu tunggu sehingga kerajaan Malaysia ditukar kepada kerajaan Republik atau memang tidak mahu berubah langsung.


PELAKSANAAN

Saya fikir, sudah sampai masanya untuk kerajaan Malaysia, khususnya melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta kerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenalpasti pemandu² Teksi dan Kereta Sewa yang boleh diangkat sebagai Duta Kecil Malaysia merangkap 1st Class World Taxi Driver di Malaysia.

Perkara ini secara positifnya, logik kerana dengan mengenal pasti 3,000 hingga 10,000 pemandu teksi yang benar² menyokong kerajaan BN dan kepimpinannya akan memberikan impak dan hasil yang baik buat Malaysia. Bukan saja daripada segi penerangan mengenai isu² semasa yang bagus tetapi dari segi penampilan, pertuturan serta kepintaran menghebahkan maklumat serta info² kerajaan akan lebih berkesan. Dan ini akan membantu kerajaan mengurangkan persepsi negatif rakyat kepada kerajaan sekaligus membantu kepimpinan sedia ada mengekalkan kuasa demi masa depan negara.

Hari ini dengan hanya membekalkan sebuah woven bag yang mengandungi flyers, pamphlet dan poster lokasi² menarik di dalam negara Malaysia dan membayar upah bulanan kepada Pemandu² Teksi saja tidak mencukupi untuk kerajaan menghapuskan persepsi buruk rakyat kepada kepimpinan sedia ada. Kerajaan melalui Kementerian harus meletakkan pra syarat bagi setiap pemandu teksi untuk terus berkhidmat di jalan raya.

Sedikit sebanyak sebenarnya dapat membantu kerajaan mendisiplinkan pemandu teksi dan memberi impak positif buat kerajaan. Kursus seminar yang diadakan Mesra Malaysia buat pemandu teksi tidak memadai kerana modul yang 'dihidangkan' hanyalah sekadar untuk bagaimana berhadapan, berkomunikasi, grooming di hadapan pelancong saja.

Saya sedia bekerjasama dengan pihak Kementerian bagi menjayakan hasrat kerajaan agar sekumpulan pemandu-pemandu teksi pro Kerajaan diwujudkan demi masa depan negara tercinta dengan emailkan pada rakan blogger GR (rezqeenhill@gmail.com) atau pun boleh tinggalkan komen di artikel ini.

Buat pihak yang terbabit, sila tonton video di bawah sebagai pedoman untuk berjaya :




GR kata: Masih ramai yang tidak bersyukur dengan apa yang ada....

No comments:

Artikel pelbagai