Tuesday, March 5, 2013

UPDATE NEWS: PENCEROBOH KECUT PERUT BERLAWAN SERANGAN ATM!!

Ini maklumat terbaru GR terima dari lokasi Lahad Datu, serangan terhadap pemberontak Sulu telah pun bermula demi mempertahankan negara yang kita cintai :

10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.

GR kata: Selamat berjuang wira negara.

5 comments:

Anonymous said...

selesai secara aman kepala butuh sulu kau!!!

Anonymous said...

dah bagi masa berbincang secara aman tak mau, nak kena cara perang, apa guna army ada weaponary canggih kalau tak gunakan,askar kita pun tak kan hari hari berlatih kawat je, ni masa nak try skill kita,, shabas askar malaysia, bersabar ada takatnya.

Anonymous said...

menyelesaikan krisis secara aman kepala hangguk dia..dah bg peluang x nak berbincang, nasi dah jd bubur bah..

Anonymous said...

9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Rasanya xde la ATM guna jet pejuang kot.. kalau guna kompem bangsa bangsat ni da jadi abu..

Anonymous said...

bila dah kena serang baru nak berunding,tu namanya penakut.Kerajaan beri peluang dulu tak nak,dah kau buruh Polis Malaysia nak biar je ke,hutang darah di bayar darah tu kata pahlawan dulu-dulu

Artikel pelbagai