Wednesday, March 6, 2013

UPDATE NEWS #lahaddatu: ATM DIFITNAH BAZIRKAN DUIT RAKYAT RM16 JUTA!!


Hari ini masuk hari kedua pihak keselamatan melancarkan serangan habis-habisan terhadap musuh negara. Dalam pada itu juga semua rakyat Malaysia mendoakan agar semua pasukan keselamatan negara dilindungi dan selamat dalam perjuangan mereka.

Seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan pejuang negara yang berjuang mempertahankan negara, ada pula mulut-mulut sumbang yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh pihak keselamatan negara.

Malah ada juga pemimpin dan pencacai Pakatan Haprak yang menghina anggota polis yang terkorban dan operasi mempertahankan negara. Mereka ini dikategorikan sebagai manusia yang tak ada otak dan tak berperikemanusiaan, malah sanggup menyatakan ini adalah sandiwara untuk menakutkan rakyat.

Cuba dalam hal ini, ibu bapa atau saudara mereka yang MATI atau ditimpa malapetaka. GR rasa mereka sudah tentu tak ada otak dan sanggup mempolitikkan perkara sebegini rupa. Sepatutnya kita tidak kira apa pun fahaman politik seharusnya bersatu demi mempertahankan negara dari dimusnahkan oleh pengkhianat dan musuh negara.

Terbaru, GR lihat ada pula pihak tak bertanggungjawab yang cuba menambah garam dalam insiden pencerobohan Sulu di Lahad Datu. Apakah pencacai Pakatan Haprak ini tak ada otak ker? Menabur fitnah kononya pihak ATM membazirkan duit rakyat. Habis tu pihak musuh dah bunuh seramai 8 orang anggota keselamatan takkan kita sebagai rakyat mahu pun di pihak kerajaan nak duduk diam saja. Cakap tu gunakanlah akal jangan duk hentam keromo jer....

Entah dari mana pemikir angkatan tentera kita mendapat idea, untuk menumpaskan sekumpulan kecil pasukan gerila seumpama pasukan tentera diraja Sulu ini perlu menggunakan pesawat pejuang?

Itulah yang memeranjatkan laman ini bila dimaklumkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan 3 buah pesawat pejuang F/A18D Hornet dan 5 buah pesawat Hawk MK 108/208 untuk menyerang kedudukan tentera diraja Sulu di Kampung Tandao.

Bukankah itu satu pembaziran? Serang sebuah kampung dengan menggunakan jet pejuang?

Setiap pesawat F/A18D Hornet dan Hawk MK 108/208 mampu membawa sekurang-kurangnya 2 buah bom jatuhan bebas (free fall) seberat 500 lbs atau 250 lbs setiap satu.

Setiap sebiji bom ini berharga sekitar RM 2 juta dan dengan 16 biji yang digunakan, ia bermaksud kerajaan membelanjakan wang rakyat sebanyak RM 16 juta untuk bom (belum termasuk operasi pesawat) – dan itu hanya untuk operasi di udara sahaja.

Kita masih ada lagi operasi moping dan tempur di darat oleh pasukan Gerak Khas Komando, tentera dan polis, menggunakan pelbagai jenis kenderaan dan senjata yang turut menggunakan kos yang tinggi.

Selain itu, penggunaan bom berkuasa tinggi seperti itu turut menjadi persoalan dari segi kewajaran, memandangkan tentera diraja Sulu berkenaan hanya menggunakan senjata pegangan tangan (hand held weapon) seperti rifle M-16, RPG, mortar dan pelancar grenad.

Wajarkah kuasa tembakan sebesar itu digunakan untuk menghapuskan ancaman kecil seperti ini?

Adakah ia wajar?  Inikah yang dinamakan ‘jantan’?

Selain wang yang dibazirkan, ia juga menunjukkan hilangnya kemanusian kita kerana laman ini yakin dengan bom sebesar itu, hancur berkecailah mayat tentera diraja Sulu tersebut dan ini adalah merupakan satu bentuk kekejaman yang amat dahsyat!! - Suara Pakatan

Dalam hal ini, sudah pun kita ketahui bahawa Kerajaan Malaysia sudah pun mengajak puak tentera sultan sulu wannabe ni berunding tetapi tentera sulu wannabe ni tembak polis Malaysia. Ertinya, puak tentera sulu ni dah bagi jawapan iaitu mereka enggan berunding. Jikalau polis berdegil juga mahu teruskan usaha rundingan, maka mereka akan menembak polis.

Tawaran untuk berunding sudah tamat, tiba masanya untuk bertindak.

Kalau dah ada peralatan canggih ketenteraan, adalah wajar digunakan. Tetapi kalau tak digunakan juga, puak-puak pembangkang yang ultra terencat ni pun akan pertikaikan juga.

Puak pengganas Filipina ini perlu di ajar. Jangan sesuka hati masuk negara orang nak tunjuk lagak. Rakyat Malaysia tak sanggup negara ini dijajah semula oleh pihak yang tak bertanggungjawab.


GR kata: Pencacai Pakatan Haprak tak ada otak!!

3 comments:

Anonymous said...

Sekejap boss dia kata keselamatan dan kedaulatan negara yang harus diutamakan..bla..bla..bla..

Aiikk...suara pakatan tu suara siapa pulak..??

Nak main kira brapa RM harga bom pulak?
Dah pandai jadi strategist tentera dah pulak?

Semuanya tak kena. Naik Airasia, di tanya kenapa tak guna Hawk, dan sebagainya (padahal jet pejuang boleh muat dua org aje yg paling besar pun). Sehinggakan ada geng depa (yg paling bodoh la rasanya) yang tanya kenapa tak guna Scorpene.

Kah..kah..kah.. guna kapal selam untuk serang gerila atas darat... Spongebob pun akan heran.

Sudah-sudahlah tu Suara Pakatan oii... boss kamu dgn MBB (Manusia Berhati Binatang) dah pun buat u-turn. Bawak berfikirla sekejap sebelum tekan keypad tu..

Unknown said...

Salam sahabat seperjuangan.
saya amat bersetuju dengan artikel saudara.mohon linkkan blog saya kelatetodays.blogsport.com blog saudara.terima kasih.

Anonymous said...

Saya rasa parti pembangkang yg ada dinegara ini bukan la parti yg sanggup bersatu demi untuk negara...mereka ini semua tak layak mejadi peminpim kita..harap di PRU13 ini mereka kecudang dgn teruk nya....amin

Artikel pelbagai