Monday, March 4, 2013

UPDATE SEMPORNA: PENCEROBOH BERGAMBAR DULU SEBELUM SERANG HENDAP POLIS

Foto Penceroboh di Kg Sri Jaya Simunul, 6 diantaranya maut. Ikhsan Rakan FB Ahmad Lakim. Mereka sempat mengambil gambar kenang-kenangan sebelum menyerang hendap pasukan Polis malam semalam.

Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Hj Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu. Dalam operasi ‘menyelamat’ yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Tan Sri Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam ini di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.



Berikut adalah senarai nama 6 orang anggota yang telah terkorban semasa serangan di Semporna :

1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
2. ASP Michael, (KCKD Semporna)
3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)


GR kata: Al Fatihah

3 comments:

Anonymous said...

sedih mendengar manusia yang mengaku beragama islam ..sesama bangsa menceroboh dan berbunuhan atas kepentingan duniawi

Anonymous said...

Selagi DAJJAL JUBOR masih ada,,kerja menghasut dan mmporakperandakan negara,,selagi itula negara akan terus huru hara....

MARI KITE SEMUA TOLAK DAJJAL JUBOR , KETURUNAN DAN SEKUTU MRK

Zainal Abidin Idrus said...

7 keturunan kamu di landa musibah selagi berpijak di bumi yg bertuah ini...

Artikel pelbagai