Tuesday, March 5, 2013
UPDATE NEWS: TEMBAKAN SERANGAN, LETUPAN BOM PATAHKAN SERANGAN MUSUH DI LAHAD DATU
Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu :
11.26 pagi: Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkata, bom digunakan ke atas musuh bagi memastikan keselamatan tentera Malaysia.
11.23 pagi: KPN: Zon pertempuran seluas 4 kilometer di Kampung Tanduo.
11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.
11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap “pengganas” Sulu.
10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara tidak akan menjawab sebarang soalan.
10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk sidang akhbar.
10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.
10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun sebahagian pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin kerana “ia semuanya adalah penipuan” dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.
10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. Mereka berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi.
10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.
10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang media dari pukul 9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.
10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.
10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
sumber -Mstar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment