Thursday, March 7, 2013

UPDATE NEWS #lahaddatu: JUMLAH TERKINI 52 ORANG PENGGANAS SULU TUMPAS!

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam Op Daulat sehingga kini ialah seramai 52 orang.

Menerusi sidang media pada petang Khamis, Ismail berkata anggota keselamatam berjaya menembak mati seramai 31 lagi pengganas bersenjata dalam operasi mopping-up yang dijalankan pada Khamis.

Menurut Ismail, kesemua 52 musuh yang mati itu adalah termasuk sejak pertempuran pertama setelah pasukan keselamatan Malaysia diserang hendap Jumaat minggu lalu di Kampung Tanduo di sini.

Antara yang terbunuh ialah pemimpin pengganas yang berpangkat jeneral namun belum dipastikan sama ada mangsa ialah adik kepada Sultan Sulu iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram yang mengetuai kumpulan itu menceroboh Sabah.

GR kata: Hapuskan pengganas...cari sampai lubang cacing.

3 comments:

Anonymous said...

Mana gambar 52 org mayat ni... Yg ada cuma gambar mayat dlm lubang tu je.. Tapi agak mengelirukan sebab pakaian doarang mcm unit khas polis... Adakah itu polis kita?

daun kari said...

Aku pelikla..kat sabah skrag anggota kita sibuk berperang siang malam nk jaga keamanan negara kita..tp kita duk sibuk nk tau mana mayat,itu la ini..ko tau x, anggota keselamatan kita x kira askar atau polis ada rantai dics yg dipakai mcm rantai.Ada no tentera/polis & nama..klu diorg gugur dimedan perang,rantai tu la sbgai bukti nya,& dah tentulah waris akan tau..xkan la waris si mati nk berdiam diri je..aku xpahamla..mayat anggota mati mesti nak kena jadi tontonan umum jugak ker?

Anonymous said...

Ko nak sgt tgk p la sana. Xde akal punya org, sibuk nak tgk counting head. Ko igt atm & polis tu penipu, putar belit cam ko ke? Sikit2 nak pertikai.

Artikel pelbagai