Sunday, March 3, 2013

Penceroboh Sulu Lari Ke Semporna, 2 Anggota Polis Mati Ditembak!!

LAHAD DATU: Dua anggota polis ditembak dan cedera dalam serangan hendap yang dilakukan oleh kumpulan bersenjata di Kampung Simunul, Semporna pada pukul 7 petang Sabtu.

Pesruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamzah Taib berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke kampung berkenaan untuk mencari beberapa individu yang dilaporkan memiliki senjata api.

"Anggota polis memasuki kampung itu dan ketika mereka sedang berjalan di atas titi gantung mereka tiba-tiba ditembak dan menyebabkan dua daripada anggota kita cedera.

"Buat masa ini, kami percaya insiden ini tidak ada kaitan dengan keadaan yang berlaku di Lahad Datu," katanya," kata Hamzah.

Jelasnya, kejadian itu telah menyebabkan orang Semporna dan Tawau menjadi takut apabila kumpulan bersenjata itu menyerang pasukan keselamatan.

Beliau turut menafikan mana-mana balai polis di daerah itu telah diserang oleh kumpulan bersenjata berkenaan.

Situasi di pantai timur Sabah semakin meruncing apabila kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Sultan Sulu menyerang pasukan keselamatan Malaysia, dalam insiden tersebut dua anggota polis komando terkorban sementara 12 pengikut kumpulan berkenaan dilaporkan terbunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna, Sabah.

Menurut Ismail di dalam laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia, kejadian itu susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke atas sebuah premis di situ. "Pemeriksaan tersebut bertujuan mengesahkan penglibatan kejadian pencerobohan di Lahad Datu. "Pihak polis masih belum dapat mengesahkan jumlah mereka yang terlibat dalam kejadian terbabit. Bagaimanapun jumlah yang terlibat dipercayai tidak melebihi 10 orang," katanya.

Beliau berkata dalam kejadian itu beberapa anggota polis dilaporkan tercedera.

GR kata: Cukuplah, jangan bagi peluang lagi. Takkan nyawa orang ramai dah melayang baru nak bertindak. Pihak bertanggjawab perlu tegas buat keputusan. Jangan lembik!!!

3 comments:

PANJI ALAM said...

Puak sulu tu ramai beratus orang & ada pengalaman taktik perang gerila..knapa polis yg kena setel kan..? bagi tentera yg setel..

Anonymous said...

Kenapa tentera yg tidak sttlekan, bro.. kene paham situasi.. kalau tentera yg ambil alih dh jd lain, kesultanan sulu tidak diiktiraf, itu sbb polis yg brtindak sbb kita mnganggap mereka ini penjenayah, kalau menahan mereka, kita menahan penjenayah, kalau guna tentera maknanya kita iktiraf kerajaan trsebut..

Anonymous said...

Kasi tembak je apa mau ckp lg.....

Artikel pelbagai