Saturday, January 5, 2013

EPISOD 1: UMNO/BN ATAU PEMBANGKANG YANG MENIPU RAKYAT SELAMA 55 TAHUN INI??


Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi selama hidup di Malaysia. Baik yang dari zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah kita mendapat kemerdekaan. Pembangunan yang kita kecapi ini adalah hasil dari usaha rakyat Malaysia dan pemimpin terdahulu yang memberikan idea serta buah fikiran yang baik demi kesejahteraan negara.

Apa yang GR ingin sampaikan di sini adalah, semalam bila GR terbaca artikel dari MB Selangor ini siapa lagi YB Tan Sri Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap yang menulis di dalam portal menipu rakyat Malaysiakini bertajuk UMNO, BN hentikan penipuan.

Di sini GR ingin menjelaskan pihak mana yang menipu seperti yang ditulis oleh Khalid Gagap ini. Mungkin ramai sudah tahu dengan penipuan-penipuan dari pentadbiran Pakatan Pembangkang di Selangor. GR ingin jelaskan sekali ini untuk pembaca berfikir dan menilai SIAPA YANG MENIPU RAKYAT SEBENARNYA?

Pertamanya, Khalid Gagap memberitahu 55 tahun UMNO/BN memerintah Malaysia khususnya di Selangor, rakyat asyik ditipu saja. Persoalannya siapa yang menipu? Manifesto Pakatan Haprak 2012 kenapa tidak ditunaikan sepenuhnya. Kenapa mesti manifesto tersebut sebelum ini mengatakan ianya adalah JANJI KEPADA RAKYAT tapi kemudian akhir-akhir ini dikatakan bukan janji. Kenapa cakap pusing-pusing ni YB??

Keduanya, beliau memberitahu selama 4 tahun Pakatan Pembangkang memerintah Selangor kedudukan kewangan Negeri Selangor meningkat dengan lebih baik. Rizab tunai bertambah 3 kali ganda katanya. Persoalanya di sini, penambahan rizab tunai tersebut berdasarkan dari sumber pendapatan mana? Penambahan pusat-pusat maksiat seperti kelab, disco dan rumah urut seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ini juga boleh dikira punca pendapatannya mereka dapat melalui cukai yang mereka perolehi.

Kalau benar kedudukan kewangan negeri Selangor meningkat, kenapa Laporan Audit yang dilaporkan beberapa bulan lalu lain pula beritanya. Lihat di bawah :



Pembaca lihat sendiri kepincangan di Selangor, adakah ini yang boleh kita kategori kan sebagai pendapatan kewangan negeri bertambah. Cakap-cakap kosong saja bolehlah, tapi hakikat sebenarnyanya tiada bukti dan fakta yang boleh menyokong kenyataan MB Selangor ini. Kedudukan Penasihat Kewangan Negeri Selangor, DS Anwar Ibrahim yang kononnya memperolehi 'GAJI' hanya RM 1 sebulan juga adalah tidak masuk akal. Pembaca lihat sendiri, kemewahan yang belaiau kecapi memang pelikkan. Gaji sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh boleh memperolehi yang bermacam-macam ker?

Rumah besar, beberapa buah kereta mewah...ini GR lihat sendiri dengan biji mata sendiri ketika pergi ke rumah beliau beberapa bulan yang lepas. Orang kuat ABIM dulu kan Anwar ni, sebab tu GR boleh ikut masuk sekali bersembang dengan beliau.

Bagaimana pula tugas Khalid Gagap sebagai Ahli Parlimen Bdr Tun Razak selama 4 tahun ini?? Adakah sebarang pembaharuan yang beliau buat rakyat di Bdr Tun Razak? Selama 4 tahun menjadi wakil rakyat, berapa kali beliau turun padang untuk berjumpa dengan rakyat apatah lagi menyelesaikan masalah rakyat?

Semua itu akan GR dedahkan pada artikel dalam episod seterusnya. Apa yang GR nukilkan ini pembaca baca dan nilailah sendiri, bukan tujuan untuk mempercayainya bulat-bulat (terus) tapi fikirlah yang terbaik demi masa depan kita dan negara. Pihak mana yang MENIPU atau tidak pembaca nilakan sendiri....


GR kata: Tepuk dada tanya selera....


1 comment:

Anonymous said...

Bro..lu kalau nak buat reference, lu refer la to laporan ketua audit negara. Yang lu pegi buat lu punya presentation slide sendiri, lepas tu lu bagi ulasan base on that slide..apa kejadahnya bro...mabuk ke??lu ni syiok sendiri la...

Artikel pelbagai