Wednesday, January 2, 2013

'AMANAT HADI': HADI AWANG DAH NYANYOK DENGAN AMANATNYA SENDIRI!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang disifatkan takbur apabila meletakkan syarat menarik balik amanat yang dibuat lebih 30 tahun lalu meskipun tahu amanat itu membawa kesan buruk kepada perpaduan umat Islam di negara ini.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, Abdul Hadi sepatutnya menarik balik amanatnya itu tanpa bersyarat demi kepentingan umat Islam dan bertaubat.

Malah, beliau turut menyifatkan keengganan Abdul Hadi menarik balik amanat itu tanpa bersyarat memperlihatkan sifat tamak dan mahu mengejar kuasa serta kedudukan dalam pilihan raya umum nanti.

"Saya menganggap beliau sangat malu untuk menarik balik amanatnya itu, seolah-olah merasakan jika ditarik balik jatuh harga diri dan hilang pengaruh.

"Di atas kebimbangan inilah beliau tidak mahu menarik balik amanatnya itu. Saya mengajak umat Islam, jangan ikut lagi pemimpin yang bersikap takbur seperti ini. Kalau tidak tarik balik, ertinya dia takbur walaupun tahu benda ini salah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi yang akan hanya menjelaskan mengenai amanat sekiranya kerajaan memberi peluang selama sejam menerusi siaran RTM atau TV3 untuk berbuat demikian.

Menurut Abdul Hadi, beliau hanya akan menyatakan pendiriannya sama ada menarik balik atau mempertahankan amanat itu sekiranya permintaan tersebut dipenuhi.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan berkata, pengalaman beliau dalam Pas termasuk menjadi jurunikah menyaksikan bagaimana Amanat Haji Hadi telah memecah-belahkan umat Islam termasuk sesama keluarga.

Antara kesan Amanat Haji Hadi itu kata beliau, bagaimana ibu bapa tidak membenarkan anak mereka yang dinikahkan jurunikah UMNO untuk tidur bersama kerana menganggap pernikahan tersebut tidak sah.

Menjelaskan lebih lanjut, menurutnya, ahli Pas hanya membenarkan anak mereka dinikahkan oleh jurunikah dilantik kerajaan semata-mata untuk mendapat surat nikah tetapi tidak membenarkan anak mereka tidur sekali bersama suami sehinggalah diakad nikah semula orang Pas.

"Setiap bulan Ramadan, kita (Pas) kalau tak ada madrasah berlainan, kita buat markas Pas, sehingga zakat fitrah pun kita tak bagi kepada kerajaan, majlis-majlis agama. Zaman saya dahulu, semua orang Pas bayar zakat kepada orang Pas, kadang-kadang duit zakat itu dibuat markas Pas. Hatta duit zakat fitrah pun tak dikeluar kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

"Kenduri-kendara walau sekampung tak pergi, kalau pergi kita tanya daging disembelih orang Pas ke UMNO, kalau orang UMNO sembelih tak makan. Ini disebabkan fatwa bahawa orang UMNO kafir sebab orang UMNO asingkan politik dan agama," katanya.

Beliau berkata, keadaan itu mendorong Maik mengeluarkan fatwa pada 1981 kerana bimbang masalah kafir-mengkafir termasuk akibat Amanat Haji Hadi boleh memecah-belahkan umat Islam.

"Kesan Amanat Haji Hadi ini amat besar, memalukan dan boleh membawa penyesalan".

"Saya menyesal kerana kita anggap UMNO kafir sehingga adik-beradik sendiri, macam abang ipar saya yang sokong UMNO, saya tak ikut dia menjadi imam, tidakkah kita berasa kesal sampai adik-beradik putus hubungan kerana amanat ini," katanya. - Utusan


GR kata: Islam PAS jauh terpesong, taubatlah cepat jangan menyesal nanti....

1 comment:

Anonymous said...

Dulu HJ ADENGGG ni tentang UMNO sb perlembagaan yg ada,le ni sebok jaja nak pertahankan perlembagaan yg ada kalau PR perentah!
Sbb itu Islam mengatakan MUNAFIK NI LEBEH BAHAYA DRP KAPIR....boleh tabur ceramah kehulu kehilir,dah anggap Ulamak lain x berilmu!

Artikel pelbagai