Friday, January 4, 2013

ARTIS INI DAH BERUBAH TAPI TAK NAK IKUT OSTAJAH @abby_abadi112


Setiap perkara yang menuju ke arah kebaikan amat digalakkan dalam Islam. Apatah lagi menutup aurat baik lelaki dan wanita diwajibkan dalam Islam. GR lihat ramai sekarang golongan artis telah pun berubah, dahulunya tidak bertudung dan berimej seksi dan sekarang perwatakan mereka sangat baik dan sempurna.

Gambar artis di atas Noryn Aziz memang sah kini dah berubah seperti mengikut jejak langkah Abby Abadi, berubah kepada mendekatkan diri kepada Islam. Dulu memang tersebar gambar Noryn Aziz memakai tudung dan cerita itu sememangnya adalah perubahan diri Noryn sendiri. Namun melihat daripada gaya dan cara Noryn, dia lebih kepada memfokuskan kepada perubahan dirinya yang berubah dan kurang menimbulkan kontroversi dalam perubahannya.


Ini barulah perubahan yang baik, bukannya berubah menjadi baik dari segi luarannya saja. Tapi dari segi dalamannya entah ke mana. GR sokong pendapat Noryn Aziz di atas, seharusnya kita mesti mempunyai ilmu yang cukup sebelum mengeluarkan sebarang pendapat apatah lagi fatwa. Belajarlah dengan guru, ustaz atau ulama' yang betul, bukannya yang boleh menyesatkan kita lagi. Fikir-fikirkanlah yer....


GR kata: Artis bertudung ramai jerk yang dapat job berlakon. Musykil ni Ostajah Abby kata tak ada ek? Hi hi hi....

No comments:

Artikel pelbagai