Monday, December 31, 2012

#AmanatHadi: GEMPAR!! Hadi Awang Tarik Diri Untuk Beri Penjelasan Live Di TV??

Apa sebenarnya nak jadi dengan Pakatan Haprak ni?? Cakap berdentam-dentum, berapi-api tak nak mengalah...bila diberikan peluang untuk bercakap benar takut pula. Kenapa begitu ye? Rakyat berhak tahu perkara yang sebenar, jangan asyik selama ini diKELENTONG hidup-hidup jer dengan puak Pakatan Haprak ni.

Maklumat terbaru dari sumber dalam PAS W.Persekutuan memberitahu GR, Hadi Awang akan menarik balik untuk memberi penjelasan 'Amanat Hadi' kepada rakyat. Ini kerana ada pihak lain yang kononnya akan diberikan tanggungjawab untuk menilai penjelasan beliau tersebut.

Aik...?? Takkan ada ulama' atau ustaz-ustaz lebih arif tentang agama tak boleh turut serta kot. Perasan diri sendiri insan yang terbaik dalam hukum-hakam agama ni ke? Yang lagi kelakar, info PAS WP ni beritahu GR, Hadi Awang mahu dari kalangan puak Pakatan Haprak saja yang layak bersama dia. Panggil Pok Nik ke?? Ke Ostad Anwar or Ostad Guan Eng yer?? Alamatnya jadi macam mana lah kan.. 'Fatwa Politik' la jadinya kan!!

Baca lagi di bawah :

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini. - BERNAMA



GR kata: Lebih kurang macam Anwar disuruh angkat sumpah jek. Jawapan Hadi pun kita boleh agak ape kan?? Hi hi hi....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Unknown said...

hahaha.. ckp pandai.. nk nilai owg,sedangkan kain sdri berbau.. hahahah.. malukan parti dye jerkk !!!

Artikel pelbagai